- Berita
- Berita Auto
- Kereta Konsep Terbaharu Subaru Dipamerkan, Bakal Catat Masa Terpantas Di Litar Nürburgring?
Kereta Konsep Terbaharu Subaru Dipamerkan, Bakal Catat Masa Terpantas Di Litar Nürburgring?
Subaru Corporation dan syarikat subsidiarinya, Subaru Tecnica International Inc. (STI) buat pertama kalinya telah mempamerkan kereta konsep STI E-RA dan SOLTERRA STI sewaktu acara Tokyo Auto Salon 2022 diadakan.
Kedua-dua kereta konsep ini tampil dengan rekaan yang menakjubkan bukan sahaja pada bahagian luar tetapi juga pada ruang dalaman kereta.
Untuk pengetahuan anda, kereta konsep STI E-RA dihasilkan berdasarkan kereta lumba elektrik STI E-RA yang kini sedang dibangunkan di bawah projek yang dinamakan STI E-RA Challenge Project.
Menurut Subaru, e-konsep ini dihasilkan bertujuan untuk mencapai rekod masa pusingan terpantas iaitu 6 minit dan 40 saat di litar Nürburgring pada tahun 2023 nanti.
Buat sementara waktu pada tahun ini, e-konsep ini akan diuji di litar lumba Jepun sebelum diteruskan dengan ujian di litar Nürburgring.
Apa yang menakjubkan mengenai e-konsep pacuan semua roda ini ialah penggunaan empat buah motor Yamaha yang dapat menjana output sehingga 800 kW (1,073 hp) dengan bateri lithium-ion 60-kW yang menggerakkan motor.
Selain itu, e-konsep ini telah direka khas supaya dapat memaksimumkan kelajuan dengan adanya elemen-elemen yang menjadi kunci dalam pembinaan kereta Formula 1, ini dapat dilihat dengan jelas dari segi potongan badannya yang dapat memaksimumkan aliran udara bagi memudahkan pecutan.
Kereta konsep seterusnya, Solterra STI pula telah direka berdasarkan kereta yang pernah dipertontonkan kepada orang ramai pada bulan November 2021, sebuah SUV elektrik sepenuhnya, Solterra.
Walau bagaimanapun, tidak banyak info telah didedahkan Subaru mengenai kereta konsep ini kecuali apa yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu rekaan yang lebih sporty. Pendedahan lain yang dibuat ialah kereta konsep ini merupakan versi prestasi bagi SUV elektrik sepenuhnya ini.
Model ini memberi inspirasi kepada dinamik pemanduan unggul syarikat. Antara ciri yang menonjolkan aspek ini ialah penggunaan spoiler bumbung, spoiler bawah berwana merah, dan rekaan-rekaan khas lain pada bahagian luarnya.
Ketika acara, kereta konsep lain yang turut dipamerkan ialah model-model prestasi lain seperti LEVORG STI, WRX S4 STI, Subaru BRZ STI dan juga kereta lumba Subaru BRZ GT300 2021.
Gallery



























Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF8394
SELANGOR
BSF3964
JOHOR
JYA2439
PULAU PINANG
PRR3870
PERAK
ANW5263
PAHANG
CFB9733
KEDAH
KGA8640
NEGERI SEMBILAN
NEG1904
KOTA KINABALU
SJL2140
KUCHING
QAB4919L
Terakhir Kemas Kini 11 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.94
-0.03
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2025
Berita Berkaitan
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
04-03-2025
Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan
Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas
20-01-2025
Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT
Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.
13-01-2025
Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara
Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.
24-10-2024
Subaru Crosstrek S:HEV: Ada Kuasa Hibrid Kuat
Subaru Crosstrek generasi ketiga (sebelum ini dikenali sebagai XV) kini ditawarkan varian S:HEV.
22-10-2024
Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390
TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam di Malaysia. Ini spesifikasinya...
20-09-2024
Jepun Perluaskan Pengeluaran Bateri Untuk EV
Jepun akan mempergiatkan lagi usahanya untuk menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV) sekali gus memperkukuh lagi rantaian bekalan bateri negaranya.
12-09-2024
Pengurusan Motor Image Bakal Dirombak?
Motor Image Group (Motor Image), yang dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong International Limited (TCIL) sudah bersedia untuk melakukan rombakan.
09-08-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Lancar Platform Media Sosial Baharu - Sedia Ambil Alih
Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah melancarkan halaman media sosial rasmi di platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain.
11-06-2025
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu
FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.
11-06-2025
15 Pelajar UPSI Terkorban: JKR Bakal Pasang 385 Lampu Solar
JKR akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di kawasan lokasi nahas bas.
11-06-2025
Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api
Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.
10-06-2025
Bas Ekspres Kemalangan: Mujur Pelajar UMPSA Terselamat
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan kegagalan pemandu bas mengekalkan jarak selamat ketika memandu.
10-06-2025
Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?
Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa tugasan tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor.
10-06-2025
Lebuhraya MEX Sesak Teruk, Rupanya Disebabkan Kemalangan
Kelihatan lorong kanan dan tengah terhalang sehingga mengakibatkan trafik menjadi perlahan.
10-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat