Gara-Gara Bakar Sampah, Myvi Pula Yang Terbakar
Seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM40,000 apabila kereta yang diletakkan di luar rumah hangus dijilat api, angkara perbuatan pembakaran sampah secara terbuka.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di Parit 3 Timur, Sungai Panjang, di Sabak Bernam, Selangor pada Khamis lalu.
Ketika kejadian, lelaki berusia 38 tahun itu berada di dalam rumah keluarganya sebelum terdengar bunyi letupan dan percikan api.

Apa yang mengejutkannya, Myvi yang diletakkan di tepi tanaman pokok pisang hangus terbakar dalam sekelip mata.
Difahamkan lelaki berkenaan cuba memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api namun usahanya sia-sia kerana gagal menyelamatkan kereta kesayangannya itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.
“Kebakaran berpunca daripada pembakaran sampah yang kemudian merebak sehingga ke kenderaan terbabit menyebabkan Myvi itu musnah terbakar,” katanya.
Bagaimanapun, laporan tidak mendedahkan sama ada perbuatan membakar sampah itu berpunca daripada ahli keluarga pemilik Myvi atau jirannya.
Mujur, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.
Ambil ikhtibar, jangan jadikan pembakaran terbuka sebagai amalan!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


