Mercedes-Benz Dapat Kelulusan Kereta Autonomi Tahap 3 Pertama Dunia
Mercedes Benz sekali lagi telah memecahkan rekod sebagai syarikat automotif pertama di dunia yang berjaya memenuhi keperluan undang-undang untuk sistem tahap 3.

Pelanggan boleh membeli S-Class dengan sistem DRIVE PILOT yang membolehkan kereta dikawal secara autonomi dalam trafik negara Jerman pada kelajuan autonomi, 60 km/j. Sementara itu, di Amerika Syarikat dan China pula, sistem ini masih lagi berada dalam fasa ujian. Teknologi ini bakal digunakan sebaik rangka kerja undang-undang untuk operasi automatik bersyarat di pasaran lain sudah dikeluarkan.

Apa itu DRIVE PILOT?
DRIVE PILOT ialah sejenis sistem bantuan pemanduan yang boleh diaplikasikan semasa melalui lebuh raya atau keadaan trafik tertentu yang sesuai. Kelajuan yang diizinkan berdasarkan undang-undang ialah 37 batu/jam buat masa ini. Sistem ini boleh dikawal dengan mudah daripada butang kawalan yang terdapat pada stereng kereta.

Apabila DRIVE PILOT diaktifkan, sistem akan mula mengawal kelajuan, jarak serta kedudukan kenderaan agar kekal di dalam lorong. Semasa sistem digunakan juga, profil laluan, keadaan di sepanjang jalan dan juga lampu isyarat akan diambil kira. Sistem turut memberikan respon yang bersesuaian demi keselematan pengguna sekiranya terjadi sesuatu yang tidak dijangka.

Sensor tambahan, termasuklah LiDAR dan kamera pada cermin belakang serta mikrofon yang dihasilkan Mercedes-Benz turut membantu meningkatkan tahap keselamatan sistem. Bukan itu sahaja, sistem stereng, brek dan elektrik tambahan juga disertakan dalam S-Class yang memiliki sistem DRIVE PILOT untuk memastikan kenderaan masih boleh dikawal walau salah satu daripada sistem ini gagal berfungsi.

Sekiranya pemandu tidak dapat mengambil alih kawalan kereta walaupun selepas dimaklumkan sistem, misalnya pemandu mengalami masalah kesihatan, sistem akan membrekkan kereta sebagai persediaan untuk berhenti dalam keadaan yang terkawal pada kelajuan yang sesuai. Dalam masa yang sama, lampu amaran akan menyala dan sebaik kenderaan terhenti, sistem panggilan keselamatan Mercedes-Benz akan diaktifkan dan kunci pintu serta tingkap akan terbuka secara automatik untuk memudahkan penyelamat mengakses ruang dalam kereta.

Bukan itu sahaja, sistem ini juga boleh menentukan kedudukan tepat S-Class melalui sistem GPS yang berteknologi tinggi. Data yang didapati daripada navigasi satelit akan disesuaikan dengan maklumat terkumpul daripada sensor dan juga peta HD.
Peta HD akan menunjukkan jalan dalam bentuk 3D dan juga imej persekitaran. Data peta ini akan disimpan dalam satu pusat data backend yang dikemaskini secara berterusan.

Ketika diaktifkan, DRIVE PILOT akan membolehkan pemandu menikmati perjalanan dengan lebih tenang, walau apa sekali pun keadaan trafik dan jalan yang dilalui. Ini juga membenarkan pemandu untuk melakukan tugasan lain sama ada berkomunikasi dengan pekerja melalui sistem In-Car Office, melayari internet atau sekadar merehatkan badan sambil menonton filem. Fungsi-fungsi menarik ini dapat diakses melalui skrin paparan tengah kereta, namun sekiranya pemanduan dilakukan oleh pemandu sendiri, sistem ini akan disekat demi keselamatan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX9715
SELANGOR
BSU9607
JOHOR
JH2516J
PULAU PINANG
PSH3426
PERAK
APM8470
PAHANG
CFJ3803
KEDAH
KGJ7694
NEGERI SEMBILAN
NEM5578
KOTA KINABALU
SJV1342
KUCHING
QAB9761P
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


