Pemilik Kedai Emas Kejar Balik Kereta Perompak Sampai Terbalik
Rompakan ala filem James Bond!
Itu aksi rompakan sekumpulan lelaki yang bertindak berani merompak seorang pemilik kedai emas di Stesen Minyak Shell Lama, Lukut, Port Dickson.
![]()
Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan kesemua suspek yang bersenjatakan parang menaiki kereta jenis Honda CRV dan Perodua Myvi menghalang kereta mangsa dari arah belakang dan hadapan ketika dia mengisi minyak di stesen berkenaan.
Empat lelaki bersenjata itu kemudian bertindak memecahkan cermin bahagian pemandu dan penumpang hadapan dan berjaya melarikan beg berisi emas dan beberapa barangan lain.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang berusia 50 tahun mengalami beberapa kesan kecederaan di bahagian tangan akibat terkena parang salah seorang suspek.
Difahamkan, mangsa yang menaiki Toyota Camry membawa tiga buah beg berisi barang kemas, wang tunai, sebuah telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berjaya melarikan kesemua beg yang mengandungi emas namun usaha mereka dipatahkan sendiri oleh mangsa.

"Pada mulanya, kesemua suspek berjaya melarikan diri namun mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek.
“Mangsa dikatakan berjaya menghimpit Honda CRV suspek hingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan serta terbabas sebelum terbalik di bahu jalan,” katanya.
Menurutnya, tindakan mangsa yang begitu berani tidak sia-sia apabila dia berjaya mendapatkan semula dua buah beg barang kemas yang dilarikan perompak berkenaan.


"Bagaimanapun, kesemua berjaya meloloskan diri dan pihak polis menemui dua bilah parah termasuk walkie-talkie," ujarnya.
Hasil siasatan polis juga mendapati, Honda CRV yang dinaiki suspek rupa-rupanya kereta curi. Kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang dan disamun pada November 2021 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Polis kini sedang giat memburu kesemua mangsa yang terlibat dalam kes rompakan itu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3274
SELANGOR
BSV542
JOHOR
JH3538J
PULAU PINANG
PSH3806
PERAK
APM9096
PAHANG
CFJ3982
KEDAH
KGJ7992
NEGERI SEMBILAN
NEM5761
KOTA KINABALU
SJV1644
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge