Projek Itu Mampu Tukar MINI Klasik Kepada EV
![]()
MINI melancarkan projek Recharged yang mampu mengubah mana-mana kereta Mini klasik menjadi sebuah kenderaan elektrik (EV).
Berlangsung di MINI Plant Oxford, United Kingdom, projek itu meneruskan nilai pereka asal Mini, Alec Issigonis yang menggunakan ruang kreatif namun seiring dengan sentuhan abad ke-21.

Apa yang menarik, idea itu muncul sebelum pengeluar premium Britain itu menawarkan kereta elektrik sepenuhnya menerusi MINI Cooper SE.
Untuk makluman ada, Mini Elektrik klasik yang cuma dihasilkan satu kali pernah dipamerkan pada Pameran Auto New York sekitar tahun 2018.

Ketika itu, ia mendapat reaksi yang cukup positif.

Susulan itu, pasukan khas di MINI mula bekerja keras dan membangunkan rancangan untuk menyediakan tawaran yang setara untuk pelanggan yang memiliki Mini klasik.
Presiden MINI, Bernd Korber berkata apa yang dibangunkan oleh pasukan projek MINI ialah mengekalkan watak MINI klasik.
Projek mereka itu menawarkan prestasi kenderaan elektrik kepada peminat kereta MINI.

“Dengan adanya projek MINI Recharge, kami sebenarnya saling menghubungkan masa lalu dengan masa depan jenama itu,” katanya.
Jentera ini dikatakan menawarkan pengendalian seperti go-kart dan pada asalnya, ia yang menggunakan enjin petrol digantikan dengan pemacu elektrik serba moden.

Oleh itu motor elektriknya mampu menghasilkan kuasa maksimum 90kWdan pecutan MINI elektrik dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 9 saat.

Hasil kuasa yang dibekalkan oleh bateri voltan tinggi, boleh dicas dengan output sehingga 6.6 kW dan membolehkan jarak pemanduan sekitar 160 kilomter.
Projek restomod ini turut menambah kluster meter retro dengan paparan suhu motor elektrik, jarak operasi, kelajuan, serta pilihan gear.
Ia juga amat ideal untuk pemanduan di dalam bandar, di mana pemilik boleh memasuki pusat bandar tanpa perlu membayar caj kesesakan yang biasa dikenakan kepada kereta konvensional.

Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5620
SELANGOR
BSU8944
JOHOR
JH978J
PULAU PINANG
PSH2710
PERAK
APM7703
PAHANG
CFJ3569
KEDAH
KGJ7362
NEGERI SEMBILAN
NEM5291
KOTA KINABALU
SJV732
KUCHING
QAB9583P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge