ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Golf R-Line Dan GTi 2022 Dilancarkan: Harga Bermula Daripada RM155K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Volkswagen Passenger Cars Malaysia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan Volkswagen Golf terbaharu di  Litar Antarabangsa Sepang.  Dua varian iaitu Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line dan GTi dilancarkan dengan harga yang bermula daripada RM155,000-RM211,698.

Varian R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 1.4TSI dengan kuasa kuda 148 hp dan tork 250 Nm pada 1,500-3,000 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda dengan transmisi automatik lapan kelajuan. R-Line dapat melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 8.5 saat. 

Sementara itu, GTI menggunakan enjin turbo 2.0TSI dengan kuasa kuda 241 hp dan tork 370 Nm, kuasa disalurkan melalui transmisi tujuh kelajuan. Dengan kuasa enjin ini, ia dapat memecut laju daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 6.4 saat. 


Dari segi rekaan, R-Line tampil dengan gril depan serta lampu depan LED  yang lebih halus. Rekaan bamparnya pula tampak gagah. Secara keseluruhannya, R-Line hadir dengan gaya yang sporty. 


Manakala, GTi pula dilengkapi gril bercorak honeycomb. Gaya sporty GTi bertambah terserlah dengan kemasan berwarna merah yang merupakan gaya tersendiri varian ini. Rim yang digunakan ialah rim aloi Richmond bersaiz 18 inci. Ciri lain ialah lampu depan dan belakang LED. 

Bergerak ke bahagian dalam, R-Line tampil moden dengan pelbagai kelengkapan digital, Driver's Workspace. Ia hadir dengan kokpit digital bersaiz 10.25 inci generasi terbaharu, stereng pelbagai fungsi dengan kawalan sentuhan haptik, sistem infotainmen Discover Media bersaiz 10 inci yang lengkap dengan fungsi navigasi. Untuk tempat duduknya, ia dibalut dengan fabrik Sardegna dan bolster tepi Art Velours untuk keselesaan maksimum. Terdapat logo R-Line pada penyandar kepala. 

Untuk GTi pula, ia turut hadir dengan kelengkapan yang sama seperti R-Line namun terdapat beberapa ciri tambahan lain seperti kokpit digital yang boleh diubah mengikut tema, stereng dengan ciri pemanas, sistem infotainmen dengan navigasi 3D serta sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem hiburan dilengkapkan lagi dengan tujuh buah speaker. 

R-Line dan GTi ditawarkan dalam lima warna iaitu Kings Red (merah), Atlantic Blue (biru) dalam kemasan metalik, Moonstone Grey (kelabu) bukan metalik, serta mutiara Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).

Volkswagen Golf R-Line dijual dengan harga yang bermula daripada RM155,000-RM165,000 dan Golf GTi pula pada RM211,698. Ketika pelancaran, Volkswagen turut membuat pendedahan mengejut varian terbaharu dengan spesifikasi tertinggi, Golf R 2022 yang ditawarkan pada harga RM357,584. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST. 



Pembelian Volkswagen Golf ini turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. 

Untuk maklumat lebih lanjut dan tempahan, boleh kunjungi mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau layari Volkswagen eShowroom di https://eshowroom.volkswagen.com.my/.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR2246

SELANGOR

BSN4784

JOHOR

JYT4736

PULAU PINANG

PSA6764

PERAK

APG1478

PAHANG

CFF8541

KEDAH

KGE8422

NEGERI SEMBILAN

NEJ8170

KOTA KINABALU

SJQ8834

KUCHING

QAB4319N

Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

EV

[VIDEO] Canggih! Suasana Di Dalam Kilang Pemasangan Volkswagen ID. Buzz 2022

Volkswagen telah berkongsi suasana di dalam kilang pemasangannya yang berpangkalan di Hanover.

20-06-2022
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Global

Volkswagen Golf GTI Edition 50 Terbukti Sebagai GTI Paling Berkuasa – Ini Rahsianya...

Selepas mencipta rekod baru di litar Nurburgring minggu lalu, Volkswagen secara rasmi melancarkan model edisi istimewa, Golf GTI Edition 50.

23-06-2025
Berita Auto

Tarik Balik Beg Udara Takata: Ini Model Terjejas:

VPCM tarik balik 6,671 unit kereta yang membabitkan pelbagai model.

26-12-2023
Berita Auto

Jom Tengok Golf R-Line Di Pusat Beli-Belah One Utama

VPCM mengadakan roadshow di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

24-02-2022
Berita Auto

Kapal Kargo Yang Membawa Kereta Mewah Itu Diselubungi Asap Tebal

Kapal kargo yang membawa kira-kira 4.000 kenderaan termasuk Porsche, Audi dan Bentley, terbakar di kawasan perairan berhampiran Azores di Itali.

22-02-2022
Global

Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!

Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.

02-06-2023
Berita Auto

EKSKLUSIF: R-Line Mk 8 Nak Jual Balik

Sah, Mk 8 nak dijual balik dalam pasaran tempatan.

09-08-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.