Pasukan Media Berpeluang Merasai Pengalaman Sebenar Menggunakan Mod-X
TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, menganjurkan pandu uji sistem mod X untuk pihak media di Bilik Pameran Subaru, Petaling Jaya baru-baru ini.
Oleh itu, Subaru telah mengatur sebuah model Subaru XV 2.0i-P Eyesight bagi memberi peluang kepada media untuk merasai pengalaman sebenar menggunakan sistem canggih itu.
Dari segi dimensi, panjang maksima ialah 4,484 mm dan jarak roda pula sekitar 2,665mm. Model ini dikatakan amat sesuai untuk golongan yang sudah bekeluarga dan bagi yang gemar menggembara.
Model ini mempunyai dua ciri istimewa: Dwi-Fungsi X-Mod dan teknologi canggih bantuan pemandu Eyesight.


Memandangkan kami tidak berpeluang memandu uji di kawasan off-road namun ia tidak menjadi penghalang untuk kami merasai pengalaman sebenar.
Untuk itu, Subaru telah membina satu simulasi laluan off-road bagi membuktikan bagaimana Subaru mampu menangani keadaan jalan raya yang licin atau mencabar.
Sebaik melangkah masuk ke dalam jentera ini, ia nyata menawarkan ruang yang cukup lebar dan luas.

Menyentuh mengenai pemanduannya, ia nyata memberi cengkaman yang agak baik ketika kami melalui beberapa laluan yang menggelongsor.
Sebaik menekan butang mod X, pemandu perlu memahami beberapa perkara yang berlaku apabila sistem diaktifkan.
Menerusi aplikasi, mod -X dikatakan mengurangkan input pendikit untuk peningkatan kawalan kuasa enjin, yang membantu mengawal putaran roda serta menawarkan cengkaman yang baik ketika kereta berada di laluan licin atau mencabar.
Selain itu, apabila butang Mod-X dihidupkan, pendikit enjin dikawal, transmisi rendah, kawalan pacuan semua roda dipertingkatkan manakala, Kawalan Dinamik Kenderaan berfungsi seiring dengan keadaan, dan akhirnya, Kawalan Turun Bukit akan membantu roda daripada tergelincir.
Untuk makluman anda, XV 2.0 i-P Eyesight menggunakan roda aloi bersaiz 17 inci manakala kenderaan utiliti sukan itu menawarkan enjin 2.0 liter, empat silinder yang dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan.
Kapasiti tangki minyaknya pula mencecah sehingga 63 liter.
Sementara itu, beberapa ciri yang ditambahkan ialah tempat duduk pemandu boleh dilaras lapan arah dengan fungsi Memori serta cermin sisi yang boleh dihalakan secara automatik semasa termasuk ciri terbaharunya, SI-DRIVE.
SI-Drive dikatakan berfungsi sebagai tindak balas pada enjin dan menyalurkan kuasa apabila terperangkap dalam apa jua keadaan sekalipun.

Pandu Uji
Kami ditawarkan untuk mengikuti dua kategori pandu uji. Salah satunya ialah merempuh sehelai banting bagi menguji sejauh mana sistem Eyesightnya berfungsi.
Ini kerana crossover berkenaan ditambahkan dengan stereng kecemasan automatik.
Nyata brek pra pelanggaran dilihat agak berkesan kerana ia dapat mengelakkan perlanggaran semasa kami memandu tidak melebihi 40 kilometer untuk merempuh banting berkenaan.
Bagi membuktikan keberkesanan sistem canggih itu, kami merempuh di bahagian kanan, ia nyata memberikan brek yang agak padu.

Beralih kepada aktiviti kedua, kami diminta untuk berhenti seketika di hadapan platform gelongsor merasai laluan yang licin.
Di saat inilah, kami dapat mengetahui bagaimana Mod-X memindahkan kuasa kembali ke rodanya dan kemudian membantu menghantar kuasa secara bersilang.
Beberapa minit kemudian, kami mencuba satu lagi platform yang agak mencabar dimana ia menawarkan satu pengalaman yang cukup mengujakan.
Apa tidaknya, ketika tayar sebelah kiri terangkat ke atas, di situlah, mod-X mengalihkan kuasanya memandangkan roda belakang dan depan tidak menyentuh tanah.
Maka, sudah terbukti mod-X dapat mengatasi pelbagai cabaran dengan begitu mudah dalam penuh bergaya.
Maka, tidak hairanlah mengapa Subaru cukup terkenal dengan sistem suspensi yang mantap!
Biarpun, ia ditawarkan pada harga RM139,788, namun saya melihat harga ini cukup berbaloi memandangkan jentera ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan baharu selain kawalan perisian yang sudah dinaiktaraf.
Tahniah kepada Subaru kerana membangunkan mod-X yang cukup memukau
Adakah anda sudah mencuba crossover ini? Jika ya, kongsikan pengalaman anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Perbandingan Antara Varian & Pesaing Subaru XV
Subaru XV yang terkini ditawarkan dalam tiga varian – XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P. Ini maklumat terperinci setiap varian...
17-08-2021
Subaru XV Edisi GT: Sebuah SUV Yang Dipandu Seolah-Olah Kereta Segmen Saloon
XV dikatakan antara model terpenting buat Subaru. Ia merupakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditawarkan pada harga berpatutan.
17-08-2021
Subaru XV 2.0i-P 2021 Yang Dinantikan Selama Ini Tembusi Pasaran Malaysia!
TC Subaru Sdn Bhd melancarkan Subaru Subaru XV 2.0i-P ke pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM131,788 (di atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).
04-05-2021
Berita Terkini
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat