Apabila Teknologi & Nilai Estetika Bergabung: Ini Bagaimana Logo Peugeot Simpan 'Rahsia'
Sofea Najmi
29-3-2022
Logo generasi terbaharu daripada Peugeot kini bukan sekadar logo biasa yang kelihatan menonjol dan gah di tengah-tengah gril hadapan kereta, tetapi ia juga sebenarnya 'menyimpan' sebuah teknologi.
Logo terbaharu ini terdiri daripada lapisan nipis indium, sejenis logam superkonduktor yang tidak mengganggu gelombang radar. Ia juga turut disalut dengan kromium untuk mengelakkan kakisan daripada berlaku.
Nombor plat kereta dialihkan ke bahagian lebih rendah pada bampar depan supaya gril kereta dapat terpampang dengan gah tanpa sebarang halangan.
Radar bantuan pemanduan pula kini tersembunyi di sebalik logo baharu agar tidak mengganggu kecantikan gril.
Dipasangkan pada kesemua model 308 yang baharu, logo Peugeot didatangkan dalam dua versi. Kedua-dua versi ini nampak serupa, namun berbeza secara teknikal.
Model 308 Active Pack dipasangkan dengan logo Peugeot yang biasa, tetapi logo Peugeot pada 308 Allure dan 308 GT pula lengkap dengan teknologi radar bantuan pemanduan.
Secara teknikalnya, gelombang yang dipancarkan oleh radar dihalang oleh sebarang gangguan supaya sistem bantuan pemanduan yang menggunakan radar ini dapat berfungsi dengan lancar.
Perkara ini dititikberatkan sewaktu proses rekaan logo, antara aspek yang dipertimbangkan ialah untuk mendapatkan ketebalan permukaan yang sekata dan komponen mestilah tidak mengandungi sebarang zarah logam.
Secara spesifiknya, penghasilan logo ini membabitkan beberapa peringkat. Pertama sekali, panel depan (yang berketabalan sekata) dengan suntikan polikarbonat dihasilkan dulu.
Kemudian, panel belakang logo dihasilkan dengan indium. Indium digunakan khas untuk versi logo yang dilengkapi teknologi radar.
Bahan ini dipilih kerana ia adalah satu-satunya bahan yang memenuhi keperluan teknikal dan visual. Indium bukan sahaja memiliki warna krom secara semula jadi tetapi juga tidak mengganggu gelombang radar.
Seterusnya, operasi pengikisan laser. Untuk menghasilkan imej kepala singa pada logo, permukaan indium ini dikikis dengan cahaya laser bagi mendedahkan bentuk singa melalui lapisan polikarbonat.
Selepas itu, bahagian belakang logo dicatkan dengan warna hitam untuk dijadikan latar belakang.
Kemudian, varnis pelindung diletakkan pada permukaan logo untuk melindunginya daripada sebarang elemen luaran seperti matahari, perubahan suhu dan sebagainya.
Akhir sekali, logo ini dilekatkan kepada sambungan teknikal lain sebelum diletakkan dan diskru pada gril kereta.
Dari segi fungsinya, logo ini umpama akses kepada sistem bantuan pemanduan generasi terbaharu.
Antara fungsi yang terletak pada logo ini ialah kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti-mula, bergabung dengan fungsi kotak gear automatik EAT8 serta tetapan jarak antara kenderaan yang boleh disesuaikan (adjustable inter-vehicle distance setting).
Kedua, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi 30 km/j, bergabung dengan kotak gear manual bersama-sama tetapan jarak antara kenderaan yang boleh disesuaikan.
Ketiga, brek kecemasan automatik yang dapat mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada waktu siang dan malam dari 7 km/j ke 140 km/j bergantung kepada versi, ia akan memberikan amaran kepada pemandu sekiranya berlaku pelanggaran.
Selain itu, bermula daripada tahun ini, radar ini akan turut digunakan dalam pakej Drive Assist 2.0, langkah seterusnya ke arah pemanduan separa autonomi.
Bagi versi dengan transmisi automatik EAT8, ia digabungkan dengan kawalan jelajah adaptif bersama fungsi henti-mula serta bantuan kekal lorong.
Selain semua ini, Drive Assist 2.0 versi yang terkini turut ditambah dengan dua fungsi baharu.
Salah satu fungsi tersebut ialah sistem tukar lorong separa automatik. Dengan adanya fungsi ini, pemandu boleh memotong kenderaan depan dalam 70-180 km/j termasuklah untuk patah kembali ke belakang.
Ia turut ditambah dengan fungsi cadangan kelajuan (speed recommendation). Dengan fungsi ini sistem akan mencadangkan kepada pemandu supaya menyesuaikan pemanduan dengan tahap kelajuan yang dibenarkan.
Agak menarik bukan ciri-ciri pada model kali ini? Bukan itu sahaja, Peugeot 308 juga sebenarnya ialah model pertama yang tampil dengan logo terbaharu. Ada yang tertarik untuk beli Peugeot 308 lepas ni?
Gallery







Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC1444
SELANGOR
BSE4486
JOHOR
JXW5014
PULAU PINANG
PRQ3484
PERAK
ANV3498
PAHANG
CFB6586
KEDAH
KGA4254
NEGERI SEMBILAN
NEF7147
KOTA KINABALU
SJK7403
KUCHING
QAB3070L
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Terkini
ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV
ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
29-04-2025
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Ciri 'Mata Tuhan' Didatangkan Standard Pada Semua Model BYD
‘Mata’ yang dimaksudkan ialah sistem bantuan pemanduan pintar (ADAS) terbaru BYD yang dinamakan “God’s Eye.”
15-02-2025
Laporan: Ciri ACC Boleh Sebabkan Lebih Banyak Kemalangan
Ciri tahap pemanduan semi autonomi yang kini sudah ada pada kebanyakan kereta baharu dikatakan boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan.
12-02-2025
Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S
Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.
06-02-2025
Leapmotor C10: Tanpa Apple CarPlay & Android Auto, Berbaloi Atau Tidak
Sedang mempertimbangkan untuk membeli Leapmotor C10? Baca artikel ini dulu...
28-01-2025
Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Touch ‘n Go (TNG) eWallet kini memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan ‘SOS Balance’.
23-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat