ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Muzium Audi Kini Ada Aplikasi Sendiri, Boleh Lawat Secara Maya!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pada 2 Februari yang lalu, Audi telah melancarkan aplikasi telefon pintar, Audi Tradition dan juga pameran khas baharu mereka  “Der fünfte Ring" secara serentak.  Aplikasi ini berfungsi sebagai panduan pelancong maya kepada pengunjung muzium. Ia juga boleh digunakan oleh orang ramai yang ingin merasai pengalaman 'melawat' muzium secara maya.



Aplikasi ini boleh digunakan sebagai sumber informasi yang mana maklumat tambahan tentang bahan pameran dikongsikan dalam bentuk tulisan atau audio. Bukan itu sahaja, sesetengah bahan pameran boleh dipaparkan secara 360 darjah.  Apa yang menariknya lagi tentang aplikasi ini ialah pengunjung dapat melakukan apa yang mustahil untuk dilakukan kepada bahan pameran sebenar, segalanya hanya dengan sentuhan jari pada skrin. Sebagai contoh, pengunjung boleh memasuki kenderaan yang dipamerkan dan melihat ruang dalaman kereta secara terperinci. 



Aplikasi ini turut dilengkapi dengan bahagian kedai jualan 'Audi Tradition' di mana orang ramai boleh  membeli barangan seperti aksesori, buku dan alat ganti untuk kereta bersejarah Audi. Aplikasi Audi Tradition boleh didapati di kedua-dua  platform, iOS dan Android.

 



"Walaupun pandemik koronavirus membuatkan banyak aktiviti sosial mustahil untuk dilakukan atau buat masa ini hanya boleh dilakukan dengan sekatan, kami memutuskan untuk kekal dengan tarikh pelancaran pameran kami – inilah cari kami meletakkan tumpuan kepada budaya dan sejarah.


 Aplikasi Audi Tradition

 

"Saya sangat gembira kerana sekarang kami telah tampil dengan ciri digital dengan adanya aplikasi Audi Tradition.  Dan terima kasih kepada aplikasi ini, kami bukan hanya menjadikan lawatan ke muzium lebih interaktif dan menarik melalui multimedia, tetapi turut memungkinkan orang ramai untuk merasai pengalaman melihat pameran secara digital semasa berada di luar atau pun dengan selesa di atas sofa di rumah sendiri."


Paparan untuk memulakan tour dalam aplikasi Audi Tradition

 

"Dalam masa yang sama, sudah tentunya kami berharap agar aplikasi ini dapat menarik minat orang ramai untuk melawat muzium.  Menikmati pameran dengan kesemua deria dihidupkan di lokasi adalah satu pengalaman yang istimewa," ujar Pengurus Besar Auto Union GmbH, Stefan Trauf.

 

"Der fünfte Ring“ akan dipamerkan di muzium Audi dari 2 Februari hingga 24 September, 2022; buat masa ini, pengunjung perlu sama ada menerima vaksin penuh atau telah pulih daripada jangkitan Covid-19 dan mengemukakan ujian negatif COVID-19 atau bukti penerimaan vaksin penggalak.




Berkenaan bahan pameran di sini, salah satu yang menjadi tarikan ialah motosikal daripada tahun 1914. Motosikal yang menggunakan enjin dua silinder lapan kuasa kuda ini ialah motor yang paling berkuasa, pantas dan termahal pada masa itu. Pameran menarik lain ialah sebuah motor terpantas pernah dihasilkan pada tahun 1950, Delphin III yang berjaya mencapat kelajuan setinggi 339 km/j pada tahun 1956.


 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
Global

04-09-2025
Global

25-06-2024
Global

09-04-2024
EV

19-03-2024
Berita Auto

16-03-2024
Pandu Uji

06-03-2024
Global

06-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026
Berita Auto

Surat Kelulusan Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Adalah Palsu

Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya Plus: PMO Buat Laporan Polis.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.