Hujan Berterusan, Beberapa Laluan Di KL Dinaiki Air
Beberapa laluan di sekitar ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang tadi.

Gambar Ihsan: Polis KL
Berdasarkan halaman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur, antara laluan yang dinaiki air ialah sekitar Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Travers.

Gambar Ihsan: Polis KL
Hujan lebat itu menyebabkan air bertakung di sekitar Changkat Thambi Dollah selain kesesakan teruk turut berlaku dari susur Jalan Pudu hingga ke Kampung Pandan, Ampang.
Selain laluan dinaiki air, sebatang pokok yang tumbang di Jalan Syed Putra menyebabkan tembok Muzium Istana Diraja pecah.

Gambar Ihsan: Polis KL
Susulan itu, dua kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Honda BRV yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian dihempap pokok berkenaan.

“Bagaimanapun, dua mangsa yang berada di dalam kenderaan masing-masing bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Omar Chekku .
Insiden itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Syed Putra itu.

Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalihkan dan membersihkan sisa pokok tumbang itu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY6294
SELANGOR
BSV1572
JOHOR
JH4833J
PULAU PINANG
PSH4357
PERAK
APN304
PAHANG
CFJ4206
KEDAH
KGJ8452
NEGERI SEMBILAN
NEM6053
KOTA KINABALU
SJV2073
KUCHING
QAB328Q
Terakhir Kemas Kini 17 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
