Mazda3, Mazda CX-3 & Mazda CX-30 Versi 2022 Lebih Canggih Dan Bergaya!
Bermaz Motor telah melancarkan barisan kereta Mazda terbaharu bagi tahun 2022 yang telah dikemaskini dengan pelbagai teknologi dan diberikan sentuhan baharu bagi Mazda3, Mazda CX-3 dan Mazda CX-30.



Ketiga-tiga model ini dihasilkan sepenuhnya di negara Jepun. Harga untuk kesemua model CBU ini termasuk pengurangan cukai jualan (SST) sebanyak 50% yang sah hingga 30 Jun. Jom kita lihat spesifikasi dan harga untuk setiap model.
Mazda3:
Harga bermula daripada RM138,660 - RM138,660. Mazda3 kini dilengkapi teknologi sambungan yang lebih baik untuk bagi varian 1.5L, 2.0L Liftback dan Sedan. Pengguna boleh menyambungkan Apple CarPlay dan Android Auto kepada skrin sentuh bersaiz 8.8 inci dengan menggunakan port USB yang terletak di konsol tengah dan tempat letak tangan.

Dari segi rekaan, kit baharu "Ignite Edition" hanya ditawarkan untuk model 2.0 Liftback. Kit ini hadir dengan perumah cermin sisi berwarna hitam berkilat, rim aloi 18 inci dalam warna hitam metalik, dan tempat duduk upholsteri kulit dalam warna Burgundy. Untuk teknologi, ia dilengkapkan dengan paparan pandangan 360 darjah.
Mazda3 Ignite Edition turut dilengkapkan dengan ciri keselamatan i-Activesense yang terbaharu merangkumi Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan sokongan ciri Pemantauan Pemandu serta Sokongan Jelaja & Trafik (CTS).
Mazda3 ditawarkan dalam warna Soul Red Crystal, Machine Grey, Jet Black, Snowflake White Pearl, Polymetal Grey, Deep Crystal Blue (Liftback sahaja) dan Platinum Quartz (warna baharu).
Mazda CX-3:
Mazda CX-3 ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM131,929. Sepertimana Mazda3 dan CX-30, model ini kini memiliki kemampuan sambungan yang lebih baik.
-full.jpg)
Ia dilengkapi Apple CarPlay, Android Auto, pengecas tanpa wayar Qi, paparan berskrin sentuh bersaiz 8 inci dan juga sistem amaran peringatan tali pinggang depan dan belakang.

Spesifikasi asas kereta ini masih dikekalkan seperti rekaan sudut depan kereta, lampu LED depan dan belakang, kawalan G-Vectoring, bumbung suria elektronik, serta beberapa ciri keselamatan lain seperti Kawalan Lampu Suluh Tinggi (HBC), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan Pemantau Pemandu, Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) dan Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS).
Ditawarkan secara standard untuk SUV kompak ini ialah kamera undur pandangan 360 darjah.
Model ini hadir dalam enam warna iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Polymetal Gray, Deep Crystal Blue, dan warna baharu Platinum Quartz.
Mazda CX-30:
Boleh dibeli pada harga RM145,759, Mazda CX-30 juga menerima naik taraf yang sama dari segi sambungan iaitu sambungan Apple CarPlay dan Android Auto melalui port USB. CX-30 turut ditawarkan dalam versi "Ignite Edition" untuk kedua-dua konfigurasi 2WD dan AWD.

Dua model baharu ini didatangkan dengan cermin sisi automatik berwarna hitam dan juga rim aloi bersaiz 18 inci.
Bergerak ke bahagian dalam, tema "Ignite Edition" dapat dilihat melalui penggunaan warna Burgundy untuk tempat duduk kereta bersama-sama dengan kemasan berwarna hitam. Kereta turut dilengkapkan dengan paparan 360 darjah.

Bagi model yang lebih tinggi, CX-30 memiliki kesemua ciri i-Activsense. "Ignite Edition" kini dilengkapi dengan sistem Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dengan sokongan ciri Pemantauan Pemandu serta Sokongan Jelajah & Trafik (CTS).
Terdapat tujuh warna untuk dipilih iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Jet Black, Deep Crystal Blue, Polymetal Gray dan Platinum Quartz.
Kesemua Mazda serba baharu ini didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun mengikut keperluan, termasuklah tenaga kerja, alat ganti dan pelincir (tidak termasuk trak pikap BT-50).
Kedua-dua jaminan pengeluar dan penyelenggaraan percuma mempunyai tempoh perlindungan selama 5 tahun dan had perbatuan sejauh 100,000 km, yang mana lebih awal.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat