SIC Kekal Dalam Kalendar MotoGP Hingga Tahun 2024
Berita baik buat peminat sukan permotoran.
Ini berikutan Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) akan kembali semula beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober ini.
Seperti mana diketahui umum, perlumbaan musim 2020 dan 2021 itu terpaksa dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Kali ini, Petronas akan menjadi penaja utama GP Malaysia.

Malah, mulai 2022, acara itu akan dinamakan secara rasmi sebagai PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA.
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta berkata, pihaknya gembira untuk mengesahkan bahawa Grand Prix of Malaysia akan kekal dalam kalendar kejuaraan itu sehingga tahun 2024.
“Malaysia adalah pasaran penting untuk MotoGP. Ia adalah satu keseronokan untuk berlumba di Sepang selain menyaksikan keghairahan luar biasa peminat yang memenuhi tempat duduk di grandstand,” katanya.

Menerusi perjanjian baharu antara Litar Antarabangsa Sepang dan Dorna Sports, ia mengesahkan bahawa masa depan Grand Prix berada di salah satu pasaran terbesar di salah satu lokasi yang paling digemari.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyifatkan selaras dengan tema #WelcomeHome, tahun ini adalah mengenai kebangkitan sukan permotoran antarabangsa dengan tawaran lebih unik kepada peminat.
Bagi mengimbau kembali kenangan, Litar Antarabangsa Sepang atau dikenali sebagai Home of Motorsports yang terkenal dengan konsep terkini, acara berprestij itu bakal meninggalkan pengalaman menakjubkan kepada rakyat Malaysia.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge