ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rundingan Gagal, Rancangan Tesla Untuk Bina Kilang Di Indonesia Batal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tesla membatalkan perancangan untuk membina kilang di Indonesia selepas gagal mencapai persetujuan dengan kerajaan negara tersebut. Salah satu ketidaksetujuan antara kedua-dua pihak ini adalah berkaitan dengan bekalan bahan mentah untuk menghasilkan penjana kuasa.


Dua pegawai kerajaan Indonesia dalam kenyataan mereka menyatakan isu ini timbul apabila Tesla tidak membalas emel yang telah dihantar.



 

Pegawai kanan Indonesia yang mengetuai syarikat minyak utama, Nicke Widyawati berkata, Tesla berminat untuk membina sebuah kilang bagi menghasilkan sistem storan tenaga, alat mudah alih yang boleh menyimpan puluhan megawatt untuk dihantar ke kawasan pedalaman.


Kerajaan Indonesia pada bulan Februari 2021 yang lalu telah menerima surat cadangan  daripada Tesla. Pada ketika itu, ia teruja untuk bekerjasama dengan syarikat gergasi tersebut bagi membangunkan teknologi bateri lithium bertaraf dunia.


Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan memaklumkan pada 25 Mac baru-baru ini, wakil Tesla ada menghubunginya sekali lagi bagi menyatakan minat untuk melabur di Indonesia selepas rancangan sebelum ini dibatalkan.


Ujar Luhut, rancangan tersebut gagal kerana Tesla seperti ingin mengarah Indonesia, "Saya kata, dua tahun lalu kamu menghubungi saya dan mahu menghasilkan bateri lithium. Anda semua seperti hendak mengarah-arahkan kami.


Anda tidak boleh buat begitu. Hari ini berbeza. Kita mesti adil. Negara ini bukan republik pisang. Ini ialah sebuah negara yang hebat!” tegas Luhut.


Luhut menegaskan bahawa Tesla perlu mematuhi syarat yang dikenakan, sama seperti negara-negara pelabur lain. Antara syarat yang dikenakan ke atas pelabur asing yang berminat untuk melabur di Indonesia adalah untuk melakukan pemindahan teknologi, mesra alam, melatih pekerja tempatan dan memberi nilai tambah.


Pada 15 September tahun lalu, sebuah konsortium yang diketuai LG Energy Solution, anak syarikat kepada LG Chem telah melakukan acara pecah tanah kilang untuk membangunkan kilang bateri kenderaan bernilai  bernilai AS$1.5 bilion (RM6.31 bilion) di Kerawang, Jawa Barat. Kilang tersebut memiliki kapasiti 10 gigawatt-jam dan bakal ditingkatkan kepada 30 GWh.


Sementara itu,  Contemporary Amperex Technology (CATL) dari China pula bakal melaburkan sebanyak AS$5 bilion (RM21 bilion) menjelang tahun 2023 dan AS$15 bilion (RM63.1 bilion) lagi selepas tahun 2028.


Indonesia yang memiliki sumber nikel terbesar di dunia berminat untuk membangunkan rantaian penuh bekalan tersebut, bermula dengan pengekstrakan bahan kimia bateri hinggalah kepada penghasilan bateri untuk pembuatan kenderaan elektrik.


Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo, "Kami memiliki nikel, kobalt, bahan-bahan utama untuk menghasilkan bateri litium, serta bauksit yang boleh diproses menjadi aluminium dan seterusnya digunakan untuk membuat bingkai kenderaan elektrik. Selain itu, tembaga yang turut diperlukan oleh bateri dan sistem pendawaian dalam kenderaan elektrik."

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW3792

SELANGOR

BSU6804

JOHOR

JG5470J

PULAU PINANG

PSG9507

PERAK

APM5669

PAHANG

CFJ2729

KEDAH

KGJ6370

NEGERI SEMBILAN

NEM4317

KOTA KINABALU

SJU7827

KUCHING

QAB8623P

Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
EV

Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh

Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?

28-07-2026
Berita Auto

Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Pempengaruh menyesal membeli EV, baru-baru ini.

27-07-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026
Berita Auto

11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat

NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.