CX-50 Dipasang Di Kilang Mazda dan Toyota
![]()
Mazda mengumumkan pihaknya sudah memulakan pengeluaran pertama Mazda CX-50 di kilang terbaharunya di Mazda Toyota Manufacturing, Alabama, Amerika Syarikat (AS).
Untuk makluman, kilang itu sepenuhnya milik Mazda tetapi dikongsi bersama Toyota!
Buat masa ini, pengeluaran jentera itu dihasilkan khusus untuk pasaran Amerika Utara.

Susulan itu, Pengurus Besar Kanan Mazda, Takeshi Mukai menyifatkan CX-50 merupakan model yang akan menyumbang pertumbuhan peniagaan Mazda di Amerika Utara.
“Kami juga ingin menyaksikan kilang ini menawarkan peluang pekerjaan dan mewujudkan rantaian bekalan di rantau ini,” katanya.
Mazda telah memulakan inisiatif untuk memperkukuhkan aspek jualan di AS sejak tahun 2016 lagi yang merupakan pasaran terpenting buatnya.

Bagaimanapun, sebahagian usaha itu termasuk menaik taraf pusat pengedar, memperkenalkan kewangan jualan, menambah baik operasi jualan, dan yang terkini adalah melancarkan CX-50 pada musim bunga tahun ini.
Berbalik kepada model terbaharu ini, ia dikatakan memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan Amerika Utara menerusi reka bentuknya.
Ia juga dipadankan dengan rangkaian kuasanya yang kuat dan sangat cekap selain dilengkapi dengan All Wheel Drive (AWD) dimana ia boleh dipandu di atas permukaan yang mencabar.

Menerusi pemasangan jentera itu di tapak baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini, Mazda menjamin sistem pengeluarannya membolehkan penghantaran produk berkualiti tinggi dapat dilakukan pada tepat masanya.

Apapun, ia masih menjadi persoalan sama ada jentera ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia atau sebaliknya.
Apakah pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge