Nissan Akan Hasilkan Dua EV Untuk Pasaran AS
Nissan Motor Co mengumumkan bahawa syarikat akan membangunkan dua model baharu kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) di kilangnya yang terletak di Mississippi, AS.

Menurut pengeluar kereta yang berpangkalan di Yokohama, Jepun itu, pihaknya akan menghasilkan sebuah Nissan serba baharu dan satu lagi kenderaan elektrik, Infiniti.
Bagaimanapun, pengeluaran kedua-dua jentera itu dijadualkan bermula sekitar tahun 2025.
Oleh itu, Nissan akan melabur AS$500 juta (RM2.1 bilion) dalam kilang pemasangan kenderaan yang terletak di Canton, AS.
Pelaburan Nissan di kilang Mississipi merupakan sebahagian daripada rancangan Nissan untuk melabur sebanyak AS$18 bilion (RM75 bilion) dalam elektrifikasi menjelang tahun 2030.
Namun Nissan akan memperuntukan semula dana daripada pembangunan enjin pembakaran dalaman.

“Ia adalah gabungan pelaburan tambahan tetapi apa yang paling penting, pengagihan semula sumber daripada enjin pembakaran dalaman ke arah elektrik.
“Menerusi pelaburan ini, kami mempunyai aliran tunai bersih yang mencukupi untuk bergerak ke hadapan,” kata Ketua Pegawai Operasi Nissan, Ashwani Gupta.
Menurut Ashwani, peruntukan sebanyak AS$500 adalah pelaburan yang agak besar untuk kilang di AS.
Nissan merupakan perintis dalam pergerakan elektrifikasi selepas ia melancarkan Nissan Leaf pada 2010.
Ia merupakan kenderaan elektrik yang dikeluarkan secara besar-besaran di seluruh dunia. Jentera itu menjadi kereta paling laris di dunia gara-gara ia habis dijual dan mengatasi pengeluaran Tesla sejak beberapa tahun lalu.
Ini kerana, Tesla sudah tidak membuat pengeluaran secara besar-besaran sehingga tahun 2017.

Turut dilaporkan bahawa jualan Leaf di AS meningkat sebanyak 48.9 peratus kepada 14,239 unit pada tahun 2021.
Sebaliknya, Tesla telah membuat penghantaran sebanyak 940,000 kenderaan elektriknya di seluruh dunia, namun tidak berjaya memecahkan rekod jualan mengikut kawasan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat