SUV Berkuasa Tinggi, Ford Bronco Raptor 2022 Bakal Masuki Pasaran AS
![]()
Jentera gagah baharu, Ford Bronco Raptor 2022 diumumkan bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat pada musim panas nanti. Tampil dengan prestasi yang lebih mantap berbanding model-model terdahulu, Bronco kali ini adalah model paling berkuasa yang sah untuk digunakan di atas jalan raya.

Selain Bronco Raptor, Ford telah memperluas portfolio kenderaan off-road berprestasi tinggi Raptor yang turut merangkumi model-model lain seperti F-150 Raptor dan Ranger Raptor.
Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor Company, Jim Farley berkata, "Raptor merupakan kemuncak kepada barisan kereta off-road kami dan kini ia merupakan barisan kereta yang sudah disempurnakan dengan kandungan dan rekaan yang telah terbukti dan tidak boleh didapati daripada yang lain. Hanya Ford yang mampu menghasilkan Bronco Raptor."
Bagi membina SUV yang diilhamkan daripada Ultra4 yang pertama di dunia, Ford Performance telah meletakkan standard yang tinggi dan 'melepaskan' sebuah jentera yang berketahanan tinggi, Bronco Raptor.

Bronco terbaharu ini jauh lebih laju dengan kemampuan off-road yang lebih pelbagai, jauh lebih tangkas serta lebih mudah dikendalikan berbanding Bronco yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Antara bahagian yang diberikan perhatian sewaktu penghasilannya ialah dari segi suspensi kereta dan juga jarak trek (jarak antara roda kiri dan kanan) untuk meningkatkan kestabilan kereta semasa kegunaan di padang pasir dalam kelajuan tinggi.



Gandar yang digunakan pada kereta turut dihasilkan khas oleh Ford Performance untuk dipasangkan pada trak kereta lumba Bronco DR. Aci pacu depan dan belakang yang besar dapat menyokong pertambahan tork pada roda pacuan, dengan kelebihan kelegaan tanah sekitar 13.1 inci, lebih 4.8 inci daripada model empat pintu yang asas.
Pasukan Ford Performance berkolaborasi dengan FOX untuk menaik taraf sistem High-Performance Off-Road Stability Suspension (HOSS) dengan memasukkan teknologi Live Valve.

Apa yang menariknya lagi tentang jentera canggih ini ialah sensor ketinggian suspensi dan pelbagai lagi sensor lain di setiap sudut kereta akan mengesan keadaan laluan secara berasingan beratus kali pada setiap saat untuk membantu menyelaraskan talaan suspensi.

Jentera turut dipasangkan dengan tayar lasak untuk kegunaan semua laluan (all-terrain) KO2 yang bersaiz 37 inci (37x12.50 R17 LT), tayar terbesar untuk mana-mana SUV yang pernah dihasilkan di Amerika. Dua tayar Ford Performance bersaiz 17 inci x 8.5 inci dengan rim beadlock turut ditawarkan.

Untuk memberikan kereta lebih kuasa semasa berada di atas padang pasir, pasukan trenkuasa Ford telah membangunkan enjin EcoBoost 3.0L turbo kembar dengan talaan yang spesifik pada tahap Raptor. Dengan kuasa maksimum mencecah 400 hp, Bronco Raptor kini ialah model Bronco paling berkuasa yang sah untuk digunakan di atas jalan raya, lengkap dengan sistem penyejukan dalaman serta induksi udara supaya dapat bertahan dalam suhu padang pasir yang tinggi.

Bagi memenuhi standard sebuah Ford Performance, kereta dilengkapkan dengan transmisi automatik SelectShift 10 kelajuan.
Transmisi ini digabungkan dengan sistem dwi-ekzos berteknologi injap aktif buat pertama kalinya untuk model Bronco, sistem ini menggunakan paip ekzos dengan kepanjangan hampir sama untuk menambah baik bunyi yang dihasilkan. Sistem ini turut membenarkan pemandu mengubah bunyi Bronco Raptor melalui empat pilihan mod ekzos iaitu Normal, Sport, Quiet dan Baja.

Bronco Raptor turut membangunkan sistem pengurusan laluan G.O.A.T. Modes (Goes Over Any Type of Terrain) bagi membantu pemandu untuk mengendalikan kenderaan dalam laluan mencabar dengan lebih baik.

Ciri terbaharu pada Bronco ialah mod Tow dan Haul yang membolehkan kenderaan menunda beban dengan berat maksimum 2,041 kg. Ciri lain yang terdapat pada jentera ialah Trail Control, Trail Turn Assist dan Trail One-Pedal Driving.
Dari segi rekaannya pula, Bronco Raptor tampil dalam reka bentuk khas yang menggabungkan ciri-ciri eksklusif Raptor serta reka bentuk inovatif Built Wild.
Ketua Pereka Bronco, Paul Wraith berkata, "Sebagai Bronco yang paling 'badass' pernah dihasilkan, reka bentuk Bronco Raptor adalah sangat ekstrem. Bentuk badannya gagah namun masih mengekalkan ciri sederhana dengan perincian yang berfokus kepada prestasi."

Warna luaran yang digunakan pada Bronco Raptor ialah warna-warna metalik iaitu Hot Pepper Red Metallic, Velocity Blue Metallic, Eruption Green Metallic, Iconic Silver Metallic dan Cyber Orange Metallic Tri-Coat. Sementara itu, warna Shadow Black, Area 51, Cactus Gray, Oxford White dan juga warna eksklusif Ford Performance iaitu Code Orange melengkapkan lagi pilihan warna yang ada.




Bergerak ke bahagian dalam, Bronco Raptor memiliki aura sebuah kereta lumba.

Pengurus rekaan Bronco Raptor, Ryan Olsson berkata, "Bahagian dalaman Bronco Raptor telah direka berdasarkan apa yang kita tahu seorang pelumba off-road tegar inginkan dalam sebuah kenderaan. Daripada Performance View serba baharu pada kluster hinggalah kepada stereng unik dengan pedal penukar gear serta akses sentuhan jari kawalan khas Raptor hinggalah kepada tempat duduk dengan bolster tinggi untuk tempat duduk hadapan, Bronco Raptor meninggalkan kilang dalam keadaan penuh bersedia."
Bronco Raptor dilengkapkan dengan kluster 12 inci digital sepenuhnya. Pemandu boleh memilih daripada pelbagai jenis tema paparan termasuklah Performance View khas Bronco Raptor yang memaparkan takometer dan bacaan gear.

Untuk model asas Bronco Raptor, dilengkapi tempat duduk vinil gred marin Black Onyx dan juga karpet getah.

Pemilik juga boleh memilih untuk menaik taraf ciri-ciri lain seperti tempat duduk sued berwarna Black Onyx Neo, panel instrumen vinil, bolster tempat duduk balutan kulit dan karpet. Stereng yang digunakan adalah dalam reka bentuk sporty dengan pedal penukar gear magnesium dan juga logo Raptor berwarna gitam berkilat.
Elemen Ford Performance turut dapat dilihat pada tempat duduk yang dilengkapi bolster sisi untuk memegang badan supaya kekal dalam kedudukan terutamanya semasa melalui jalan yang mencabar.

Bronco Raptor turut didatangkan secara standard dengan High Package yang merangkumi skrin SYNC 4, paparan berskrin sentuh 12 inci yang boleh diseret (swipe), panel info 'on-demand' dan juga fungsi pengecaman suara yang telah diperbaik.

Jentera turut dilengkapi pelbagai teknologi lain iaitu kamera pandangan 360 darjah. Di samping itu, turut ditawarkan ialah Lux Package bagi melengkapkan kereta dengan 10 speaker, sistem audio B&O dan juga kawalan jelajah adaptif.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


