Toyota Motor Dedahkan Noah Dan Voxy 2022 Yang Telah Diberi Sentuhan Baharu!
Toyota Motor Corporation telah melancarkan minivan Noah dan Voxy dalam versi yang telah direka semula sepenuhnya. Model ini dibentuk kembali supaya dapat dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan, lebih selesa dan bergaya.


Noah telah direka berdasarkan prinsip "megah, moden dan berkualiti tinggi," serta "'mainstream' dan agresif," manakala Voxy pula dihasilkan berdasarkan prinsip "canggih dan unik."

Kedua-dua model versi terbaharu ini telah dibina berasaskan platform TNGA (GA-C). Jika dibandingkan dengan keluaran sebelum ini, struktur badan kereta kini telah dioptimumkan untuk mendapatkan kedudukan tiang C yang lebih sejajar sekali gus menambahkan kelebaran kereta (lebih lebar sebanyak 75 mm berbanding model terdahulu). Kabin yang setinggi 1,405 mm juga menjadikan ruang kereta terasa lebih lapang.

Kedua-dua Noah dan Voxy dilengkapi teknologi hibrid 2ZR-FXE 1.8L (138 hp) dengan pilihan sistem pacuan semua roda elektrik E-Four. Selain itu, ia turut didatangkan dalam versi trenkuasa enjin pembakaran dalam Dynamic Force M20A-FKS 2.0L (168 hp/202 Nm) dengan transmisi Direct-Shift CVT. Versi pacuan semua roda (AWD) turut ditawarkan bagi model yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalam.
Pintu gelangsar bebas tangan ditawarkan sebagai pilihan. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan meletakkan kaki di bawah pintu depan semasa membawa kunci.
Untuk but belakang kereta, hadir dengan fungsi 'free-stop' yang membolehkan bukaan pintu dihentikan pada mana-mana darjah bukaan dengan hanya satu sentuhan tangan. Menurut Toyota, fungsi ini merupakan yang pertama diwujudkan di dunia.
Ciri ini sangat membantu sekiranya ruang belakang kereta terhad dan but tidak dapat dibuka sepenuhnya.

Noah dan Voxy kedua-duanya dilengkapkan dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense. Pakej ini merangkumi bantuan pemanduan proaktif, teknologi pertama Toyota yang dihasilkan untuk mengelakkan kenderaan daripada terlalu dekat dengan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan yang sedang parkir dengan mengesan sebarang kemungkinan kehadiran pejalan kaki atau kemungkinan pergerakan kenderaan pegun.
Bantuan pemanduan proaktif juga berfungsi untuk merendahkan kelajuan kenderaan sebagai respon kepada kenderaan yang berada di hadapan atau semasa mendekati selekoh. Fungsi ini diwujudkan untuk mengurangkan penggunaan pedal.

Sistem ini dibantu oleh teknologi pra-pelanggaran yang turut mengesan kehadiran penunggang motor dan bukan hanya kereta, pejalan kaki atau penunggang basikal pada waktu siang.
Ciri keselamatan lain yang turut terdapat dalam sistem ini ialah kawalan pecutan berkelajuan rendah, brek sokongan parkir, bantuan kendali keselamatan, bantuan tukar lorong dan amaran lintasan trafik hadapan. Bantuan keluar selamat serta kawalan buka pintu didatangkan sebagai ciri standard untuk versi yang hadir dengan pintu gelangsar automatik.
Sistem ini akan memberi amaran kepada penumpang sekiranya pintu gelangsar dibuka semasa terdapat kenderaan mendekati daripada belakang. Sekiranya ada kenderaan yang mendekati, sistem akan menghalang pintu daripada terbuka.
Toyota Teammate ialah ciri standard yang terdapat pada kedua-dua Toyota Noah dan Toyota Voxy, dan ia ia merangkumi fungsi Pemanduan Termaju dan Parkir Termaju.

Dari segi kemudahan, salah satu ciri menarik pada kedua-dua model memiliki hotspot wifi di dalam kereta, ini juga adalah yang pertama untuk Toyota.
.
Noah dan Voxy 2022 juga didatangkan dalam varian yang dinamakan Welcab (kenderaan kebajikan). Varian ini direka khas untuk memudahkan orang berkelainan upaya atau warga emas yang menggunakan kerusi roda. Bergantung kepada varian, kenderaan boleh menampung sama ada satu atau dua kerusi roda, ataupun lengkap dengan kerusi pada barisan ketiga.
Di negara Jepun, harga untuk Toyota Noah 2022 bermula daripada 2,670,000 yen (RM97,348) untuk versi 2WD 2.0L Dynamic Force-engined X hingga 3,890,000 yen (RM141,829) untuk varian S-Z dengan trenkuasa Hybrid E-Four. Sementara itu, Toyota Voxy 2022 pula bermula daripada 3,090,000 yen (RM112,661) untuk varian 2WD 2.0L Dynamic Force S-G hingga 3,960,000 yen (RM144,381) untuk varian S-Z dengan trenkuasa Hybrid E-Four.


Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

