ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Emgrand Dilancar Di Filipina: Harga Bermula RM65K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sempena pelancaran Emgrand generasi keempat, nampaknya Geely Filipina telah menambahkan model sedan dalam barisan kenderaan keluarannya.

Tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan mengeluarkan tiga kenderaan utiliti sukannya, Azkarra, Coolray dan  Okavango.


Buat masa ini, Emgrand ditawarkan dalam dua varian: Comfort yang mana ia dijual pada harga 798,000 peso (RM65,145), manakala Premium 908,000 peso (RM74,124). 

Ada juga desas-desus mengatakan bahawa varian S akan diperkenalkan pada masa akan datang namun harganya masih belum diumumkan.

Untuk makluman, model sedan ini akan menjadi persaingan kepada kenderaan segmen-B seperti Toyota Vios dan Honda City di negara berkenaan.


Berdasarkan dimensinya, Emgrand berukuran sepanjang  4,638 milimeter (mm), 1,820 mm (lebar), setinggi 1,460 mm, manakala jarak rodanya sekitar  2,650 mm.

Sebagai perbandingan, saiz Honda City adalah 4,553 mm panjang (85 mm lebih pendek), 1,748 mm lebar (-72 mm), 1,467 mm tinggi (+7 mm) dan jarak roda sejauh 2,600 (-50 mm). 

Sementara itu, Toyota Vios juga agak lebih kecil  iaitu dengan dimensi 4,425 mm panjang (-213 mm), 1,730 mm lebar (-90 mm), 1,475 mm tinggi (+15 mm) dan jarak roda sejauh 2,550 mm (-100 mm). 


Emgrand yang hadir dengan gril jejari menegak menyebabkan ia kelihatan agak unik.

Lampu depannya juga telah direka semula dimana ia dipadankan dengan perumah lampu kabus berbentuk segi-tiga pada bampar.

Di bahagian belakang, Emgrand diberikan lampu dengan bar bernyala yang merentangi sepenuhnya penutup but, bersama jalur grafik lampu utama.

Menyentuh mengenai kabinnya, papan pemuka  ini direka dengan elemen melintang dan berlapis.

Malah, ia juga dilengkapi dengan  skrin infotainmen berdiri sendiri-lapan inci di tengah. Model varian Comfort dan Premium pula diberikan brek parkir elektronik yang diletakkan pada konsol tengah, di belakang tombol gear.

Bagi varian S, ia dikhabarkan memiliki lampu hadapan halogen projektor, lampu nyalaan siang LED, cermin sisi berkuasa, rim besi 15-inci dengan tayar 195/65R15, kemasan dalaman berwarna hitam, dua pembesar suara, tempat duduk hadapan larasan manual, upholsteri fabrik dan sistem penghawa dingin automatik dengan liang kabin belakang.

Selain itu, ia juga digandingkan dengan paparan pelbagai informasi 3.5-inci pada paparan instrumen, kawalan kestabilan elektronik dan kawalan cengkaman, sistem brek ABS dengan EBD, bantuan mula mendaki, pemantau tekanan angin tayar dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.


Varian Comfort menerima rim aloi 17-inci dengan tayar 205/50R17, lampu hadapan automatik LED projektor, empat pembesar suara, tempat duduk pemandu dengan lebih larasan (masih manual), kamera undur, penderia parkir belakang, kawalan pelayaran dan juga sistem kunci berpusat automatik berdasarkan penderia kelajuan.

Model tertinggi Premium pula menerima ciri yang sama dengan varian Comfort, namun ditambah dengan fungsi penyahfros pada cermin sisi, pembuka but belakang tanpa sentuhan, kabin dengan tema warna putih dan biru, tambahan dua lagi pembesar suara (enam keseluruhan) tempat duduk pemandu larasan elektrik enam hala, upholsteri leatherette dan sued, bumbung suria, paparan instrumen digital sepenuhnya bersaiz 12.3-inci, bersama tambahan beg udara sisi dan tirai.



Bagaimanapun di Filipina, Emgrand hanya didapati dengan enjin petrol empat silinder aspirasi semula jadi yang menyebabkan ia mampu menghamburkan kuasa 101hp dan tork 142 Nm.


Secara amnya, model S mempunyai transmisi manual lima kelajuan manakala model Comfort dan Premium pula dilengkapi dengan  CVT bersama lapan kelajuan.


Tiga mod pemanduan ( Eco, Comfort dan Sport.) ditawarkan untuk dua model tertinggi termasuk brek dram.

Kesemua varian tampil dengan suspensi topang McPherson di hadapan dan torsion beam di belakang.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC5234

SELANGOR

BSQ8072

JOHOR

JYY6413

PULAU PINANG

PSD845

PERAK

APJ2257

PAHANG

CFG7816

KEDAH

KGG5090

NEGERI SEMBILAN

NEK6521

KOTA KINABALU

SJS4175

KUCHING

QAB9871N

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

22-09-2025
Berita Auto
Global

17-01-2025
Pandu Uji

09-08-2024
Kereta Baru

28-11-2023
Pandu Uji

20-11-2023
Berita Auto

10-11-2023
Kereta Baru

01-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026
Berita Auto

Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun

Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.