ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Teknologi

Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM

Suhana Veru

Kongsi melalui

Bagi menyokong strategi Beyond 100, Bentley Motors telah melabur sebanyak  £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Additive Manufacturing atau Pembuatan Aditif (AM) di ibu pejabatnya yang terletak di Crewe, England.

AM juga dikenali sebagai percetakan  tiga dimensi yang menggunakan pendekatan transformatif kepada pengeluaran perindustrian yang membolehkan penciptaan bahagian dan sistem yang lebih ringan dan kukuh.

Langkah ini membolehkan Bentley menggunakan teknologi canggih  AM itu untuk mencipta komponen kenderaan cetakan tiga dimensi.

Untuk itu, Bentley boleh menghasilkan kenderaan yang memenuhi citarasa pelanggannya.

Untuk makluman anda, fasiliti AM  yang canggih ini  digunakan untuk pelbagai kegunaan selain  menghasilkan lebih daripada 15,000 komponen pada tahun 2021 sahaja.

Menurut ahli lembaga unit pembuatan Bentley, Peter Bosch berkata, langkah yang diambil sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.

Diiktiraf sebagai salah satu teknologi yang paling pesat membangun di dunia memandangkan sistem AM berupaya menukar model CAD 3D kepada komponen fizikal.

Ia turut menyediakan alat bantuan untuk pekerja di fasiliti berkenaan seperti blok kertas pasir ringan, 

Selain itu, ia telah digunakan untuk mencipta komponen fizikal untuk beberapa prototaip Bentley, seperti model rangkaian kuasa berskala penuh dan model terowong angin aerodinamik.

Bukan itu sahaja, teknologi itu telah digunakan untuk menghasilkan komponen model Bentley untuk memecahkan rekod dalam perlumbaan Pikes Peak International atau Daki Bukit Pikes Peak Antarabangsa.

Laluan Pikes Peak yang sepanjang 19.99km dari bawah ke puncak mempunyai 156 selekoh. Ia terletak di Colorado, Amerika Syarikat.

Lebih menarik, teknologi terkini itu membantu mempercepatkan pembangunan produk sekali gus membolehkan Bentley menghasilkan banyak alat ganti tanpa perlu menggunakan sumber luar.

Untuk makluman anda, sistem AM membantu penjimatan 50 peratus kos pada alat ganti dan ia mampu menghasilkan ribuan komponen dengan menggunakan 25 material berbeza.

Bagi memastikan kerja-kerja berjalan lancar, kesemua kakitangan dari semua cawangan Bentley kini dilatih untuk mengendalikan sistem  AM untuk memahami cara mereka boleh mendapat manfaat daripada menggunakan proses terkini dalam kerja mereka.


“Pelaburan terbaharu ini membantu mencipta alat bantuan canggih untuk meningkatkan proses pembuatan secara berterusan.

“Terdapat potensi besar di mana teknologi canggih ini boleh berkembang termasuk mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk menghasilkan komponen untuk pelanggan kami dan mempertingkatkan lagi program pemeribadian yang ditawarkan pada setiap kereta,” kata Bosch.

Pelaburan Bentley ke atas AM dilihat satu lagi contoh visinya untuk mencipta model perniagaan yang berkekalan, mampan dan kekal di barisan hadapan perkembangan teknologi.


Additive Manufacturing

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL3034

SELANGOR

BSM3782

JOHOR

JYR2195

PULAU PINANG

PRY4916

PERAK

APF1189

PAHANG

CFF2216

KEDAH

KGE2791

NEGERI SEMBILAN

NEJ4793

KOTA KINABALU

SJQ2160

KUCHING

QAB2108N

Terakhir Kemas Kini 08 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Global

02-02-2026
Global

30-01-2026
Global

14-11-2025
EV

09-07-2025
Kereta Baru

28-11-2024
Global

12-11-2024
Global

03-10-2024
Global

11-09-2024

Berita Terkini

Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Teknologi

Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208

Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.

16-12-2025
Teknologi

Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.

16-12-2025
Teknologi

Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih

Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.

26-11-2025
Teknologi

SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa

SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.

26-11-2025
Teknologi

Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli

Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.

18-11-2025
Teknologi

Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang

XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).

18-08-2025
Teknologi

Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo

IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.

28-07-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.