ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Tips

Jenayah Pecah Rumah Dijangka Naik Raya Nanti! 7 Cara Elak Kereta Dicuri Semasa Pulang Beraya

Sofea Najmi

27-4-2022

Kongsi melalui

Dah mula berkemas untuk balik raya hujung minggu ini? Mungkin ada antara anda yang akan meninggalkan rumah dengan menggunakan sebuah kereta besar untuk pulang ke kampung beramai-ramai (barulah terasa suasana beraya!). Ini mungkin bermaksud kereta lain yang tidak dibawa pulang ke kampung akan ditinggalkan sahaja di rumah.


Tetapi, yakinkah kereta anda masih ada di rumah bila balik daripada kampung nanti? Merisaukan, kerana jenayah pecah rumah atau kecurian dijangka akan meningkat musim Aidilfitri yang akan datang.

 

"Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri."

 Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai.


 

Bagaimana caranya untuk pulang ke kampung dengan tenang bila terpaksa tinggalkan kereta di rumah?



 

Dalam artikel kali ini admin kongsikan 7 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kereta daripada dicuri atau dipecahkan. Beberapa tips yang disenaraikan juga dapat membantu menyelamatkan bukan sahaja kereta tetapi rumah anda.

 

#1 Pasangkan pemasa (timer) lampu



 

Lampu yang terbuka adalah penunjuk yang paling jelas sama ada sesebuah rumah itu kosong. Namun, anda tidak boleh membuka lampu tanpa tutup sekiranya balik kampung berhari-hari, ini bukan sahaja boleh menyebabkan bil lebih tinggi daripada biasa, tetapi juga berbahaya kerana berisiko untuk terbakar. Oleh itu, pertimbangkanlah penggunaan pemasa lampu.

 

#2 Pasang sistem CCTV di kawasan parkir rumah

 


via GIPHY

Terdapat pelbagai jenis kamera sekuriti atau CCTV yang ditawarkan dalam pasaran. Namun yang paling menarik adalah jenis yang boleh disambungkan dengan Wi-Fi, CCTV dengan sambungan Wi-Fi ini membolehkan  pengguna menerima notifikasi pergerakan atau melihat kamera di mana-mana sahaja. Lebih baik lagi, sekiranya anda cuba mendapatkan CCTV jenis infrared atau pandangan malam.  Ada juga CCTV yang hadir dengan fungsi audio dua arah, anda boleh terus 'sergah' perompak yang terlihat dalam kamera.

 

#3 Tak cukup bajet untuk buat no. 2? Pasang sahaja CCTV 'palsu' (dummy)

 



Raya kali ini mungkin anda dah bershopping sakan, maklumlah, dah dua tahun tak dapat balik raya. Jangan risau, masih ada cara untuk menakutkan perompak. Anda boleh mencari CCTV palsu untuk diletakkan di mana-mana lokasi yang mudah untuk dilihat. 

 

#4 Pasang kunci stereng

 



Pemasangan kunci stereng dapat membantutkan niat pencuri kereta. Bila terlihat stereng kereta berkunci, pencuri biasanya akan abaikan kereta anda dan mencari kereta lain yang kosong tanpa sebarang perlindungan keselamatan untuk menyingkatkan masa.

 

 

#5 Pasang GPS tracker



 

Walaupun kunci telah dibawa balik sekali ke kampung, tidak bermakna pencuri tidak boleh menghidupkan enjin kereta anda dengan 'kemahiran' yang dimiliki. Oleh itu, pasangkan GPS untuk memudahkan anda mengesan kedudukan kereta sekiranya dicuri.

 

#6 Pasang tinted keselamatan (Security film)



 

Sekiranya anda ingin mengelakkan sesuatu barangan di dalam kereta daripada dicuri, pemasangan security tinted berkemungkinan besar dapat menyelamatkan kereta daripada berjaya dipecahkan.


Security tinted memberikan cermin ketebalan tambahan melalui gabungan beberapa lapisan filem tinted berserta pelekat yang kuat. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi tinted ini boleh klik sini

 

#7 Minta rakan atau jiran untuk menjenguk rumah

 

Dapatkan bantuan rakan yang dipercayai atau jiran berdekatan untuk memastikan keadaan rumah beberapa kali setiap hari. Ini boleh membantu menghidupkan suasana rumah agar tidak kelihatan terlalu kosong.


Tips: Jangan tinggalkan kunci di bawah karpet, dalam pasu atau sebagainya kerana teknik ini sudah terlalu kerap digunakan. Berkemungkinan besar, pencuri dah boleh teka di mana anda sorokkan kunci. 



 

Bagaimana? Ada tak yang anda tak terfikir lagi sebelum ini? Semoga Aidilfitri kali ini anda dapat pulang beraya ke kampung dengan jiwa yang lebih tenang!

 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2013

SELANGOR

BSE4630

JOHOR

JXW5361

PULAU PINANG

PRQ3608

PERAK

ANV3648

PAHANG

CFB6682

KEDAH

KGA4272

NEGERI SEMBILAN

NEF7221

KOTA KINABALU

SJK7487

KUCHING

QAB3137L

Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
[VIDEO] Penduduk Kampung Hulur Air Kepada Pengguna Jalan Yang Berjam Tersekat Dalam Trafik

[VIDEO] Penduduk Kampung Hulur Air Kepada Pengguna Jalan Yang Berjam Tersekat Dalam Trafik

Tular baru-baru ini sebuah video berdurasi 32 saat hasil perkongsian di TikTok menunjukkan sekumpulan anak muda menghulurkan air.

09-05-2022
Berita Auto
Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus

Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus

Senarai tol percuma dan juga tol berdiskaun sempenan Hari Raya Aidilfitri.

26-04-2022
Berita Auto
Puspakom Tutup Bermula 9 April Ini Sempena Aidilfitri – Sila Buat Penjadualan Semula

Puspakom Tutup Bermula 9 April Ini Sempena Aidilfitri – Sila Buat Penjadualan Semula

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan ditutup bermula 9 April 2024.

07-04-2024
Berita Auto
TULAR: Ular Sawa Terjatuh Dari Kereta Aruz, Nasib Tak Kena Lilit

TULAR: Ular Sawa Terjatuh Dari Kereta Aruz, Nasib Tak Kena Lilit

Pemandu terkejut lihat ular sawa terjatuh dari Aruz.

29-04-2023
Berita Auto
ANIH Cadang Waktu Perjalanan, Sebab Ramai Belum Balik

ANIH Cadang Waktu Perjalanan, Sebab Ramai Belum Balik

Masih ramai yang belum pulang ke ibu kota.

25-04-2023
Berita Auto
Aidilfitri: Nak Balik Kampung Guna KLK, LPT1? Rujuk Jadual Perjalanan, Kalau Tak, Habis Kaki Cramp

Aidilfitri: Nak Balik Kampung Guna KLK, LPT1? Rujuk Jadual Perjalanan, Kalau Tak, Habis Kaki Cramp

Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad hari ini mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur

17-04-2023
Berita Auto
Lelaki Bakar Mercun Tepi MRR2 Sudah Dicekup Polis, Tak Pasal Naik Mahkamah

Lelaki Bakar Mercun Tepi MRR2 Sudah Dicekup Polis, Tak Pasal Naik Mahkamah

Seorang lelaki tular di Facebook gara-gara tindakannya membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, Kuala Lumpur.

17-04-2023
Berita Auto
Iklan Raya Proton, Diinsipirasikan Kisah Sebenar Sarjan Ismail

Iklan Raya Proton, Diinsipirasikan Kisah Sebenar Sarjan Ismail

Sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) menampilkan sebuah iklan raya yang mengetengahkan kisah Sarjan Ismail Jaafar dari Pulau Pinang yang mencipta nama Saga pada tahun 1984.

17-04-2023

Berita Terkini

Tips
MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan

MIROS: 7 Tips Cara Selamat Untuk Memandu Ketika Hujan

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa semua pengguna jalan raya memandu secara berhemah terutama ketika musim hujan

02-09-2024
Tips
Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Ini 10 Cara Untuk Elak Lupa Anak Dalam Kereta

Ini 10 perkara penting yang boleh disematkan dalam kehidupan sebagai ibu bapa dengan anak kecil.

24-04-2024
Tips
Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa

Abang Bomba Tunjuk Cara Pegang Stereng Dengan Betul, Mungkin Ramai Dah Lupa

Masihkah anda ingat bagaimana cara pegang stereng kereta?

04-03-2024
Tips
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV

Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!

21-12-2023
Tips
Ambil Tahu Tentang Waranti Kereta Sebelum Beli! Ini Perkara Asas Yang Patut Anda Tahu
Tips
Macam Mana Nak Tahu Tayar Dah Botak?

Macam Mana Nak Tahu Tayar Dah Botak?

Seorang mekanik kongsi tip periksa bunga tayar.

06-11-2023
Tips
Kereta Sedan Bawah RM120K

Kereta Sedan Bawah RM120K

M40 nak beli kereta sedan, ini dia tips untuk anda!

16-08-2023
Tips
[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?

[PANDUAN] Ini 7 Kategori Kereta Yang Ada Di Pasaran, Apa Yang Sesuai Untuk Anda?

CariCarz menjelaskan bentuk dan gaya badan yang wujud dalam dunia automotif.

13-04-2023

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.