ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Valkyrie AMR Pro Pamer Kehebatan Di Bahrain Grand Prix, Prestasi Seperti Kereta F1?

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Hypercar, Aston Martin Valkyrie AMR Pro membuat penampilan pertamanya di Bahrain Grand Prix minggu lalu. Sebanyak dua pusingan telah dilakukan di litar Sakhir International Circuit sewaktu upacara pembukaan musim Gulf Air Bahrain Grand Prix.


Menurut Dirk Müller yang menjadi pemandu hypercar tersebut semasa acara, "Ini sukar dipercayai. Saya tahu semua orang selalu mengatakan perkara yang sama tentang kereta, tetapi serius, kereta ini sangat berbeza.  Ia hampir dengan ciri sebuah kereta F1 dari segi prestasi berbanding dengan kereta-kereta lain yang pernah saya pandu sebelum ini.  Kuasa, pengendalian, cengkaman, semuanya sempurna."

 

Valkyrie AMR Pro ialah salah satu daripada kereta khas untuk litar yang paling menakjubkan di dunia. Ia dihasilkan supaya dapat membuat pencapaian tertinggi lebih daripada yang dijangka dari segi prestasi, tanpa dikawal oleh sama ada peraturan jalan raya mahupun perlumbaan.


Jentera berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta ultra-mewah British, Aston Martin ini dikuasakan oleh enjin V12 yang boleh  menghamburkan 1,000 bhp pada 11,000 rpm.

 

Model ini bukan sekadar memiliki tahap kecekapan aerodinamik  lebih daripada apa yang ditetapkan oleh Le Mans Hypercar, tetapi turut menyerupai prestasi litar yang sama dengan kereta Formula 1.


Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Tobias Moers berkata, "Kereta ini merupakan lambang kejuruteraan prestasi yang terbaik.  Kesemua pemandu ujian kami yang merupakan pelumba berjaya cukup kagum dengan kereta ini, dan mudah untuk faham mengapa.  Valkyrie AMR Pro hampir sama dengan tahap prestasi F1, dan kami sangat berbangga dengan (model) Aston Martin ini yang merupakan yang paling ekstrem setakat ini."


Ekoran kejayaan pada penyerahan pertama, semua pelanggan kereta Hypercar yang dinanti-nantikan ramai ini akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program khas pengalaman litar Aston Martin. 

 

Program ini diadakan di litar-litar FIA ikonik seluruh dunia daripada Yas Marina ke Silverstone, Nürburgring ke Fuji dan sehinggalah ke Circuit of the Americas.


Selain itu, program ini merupakan sebahagian daripada program unik yang akan bermula pada musim luruh nanti yang akan merangkumi sokongan tepi trek daripada pemandu terkenal dalam dunia F1 dan perlumbaan ketahanan.


Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak 40 Aston Martin Valkyrie AMR Pro yang akan dikeluarkan sebelum dihantar kepada pelanggan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.