- Berita
- Berita Auto
- Mazda CX-60 Baru Dilancarkan Di Eropah! Plug-In Hybrid Ini Boleh Pecut Dalam 5.8 Saat!
Mazda CX-60 Baru Dilancarkan Di Eropah! Plug-In Hybrid Ini Boleh Pecut Dalam 5.8 Saat!
SUV crossover Mazda CX-60 versi plug-in hybrid (PHEV) telah pun dilancarkan di Eropah pada 8 Mac yang lalu. Model ini dikeluarkan sebagai model lebih tinggi daripada CX-5. Apa yang boleh dikatakan, jarang sekali sesebuah model hadir dengan prestasi yang hebat dan dalam masa yang sama turut menjimatkan tenaga (yang penting, perlulah rajin 'plug in').


Ciri Teknikal Mazda CX-60
Secara teknikalnya, ia memiliki kuasa kuda setinggi 323 hp dengan hasil daripada gabungan kuasa enjin gas l-4 2.5L, e-motor 100-kW dan juga bateri berkapasiti 17.8 kWh. Menurut Mazda, ini merupakan kereta untuk kegunaan jalan raya yang paling berkuasa pernah dihasilkan syarikat. Bukan sekadar kata-kata, ini terbukti daripada masa pecutan yang dicatatkan untuk maju dari 0-100 km/j iaitu sepantas 5.8 saat sahaja!
Mazda turut memaklumkan bahawa PHEV ini boleh bergerak sejauh 59.5 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya sebelum enjin gas bekerja secara serentak dengan motor elektrik. Sebagai sebuah kereta hibrid, tahap penggunaan bahan apinya dan juga kadar emisi karbon cukup menakjubkan. Selain plug-in hybrid, ia turut akan dihadirkan dalam beberapa trenkuasa berbeza pada masa akan datang yang termasuklah 3.0-liter e-Skyactiv-X I-6 dan juga 3.3-liter Skyactiv-D diesel, kedua-duanya dengan sistem hibrid ringan 48V yang dinamakan M Hybrid Boost.

Reka Bentuk
Dari segi luarannya, Mazda CX-60 ialah SUV dengan reka bentuk menonjol yang dapat menarik perhatian ramai orang. Seperti model-model keluaran Mazda yang lain, model ini dihasilkan dengan sentuhan konsep reka bentuk 'Kodo'.


Fakta Menarik: Apa itu Kodo?
Kodo ialah satu konsep rekaan yang diinspirasikan daripada nilai estetika tradisional Jepun. Konsep ini mengelakkan penggunaan bentuk-bentuk atau lengkungan yang terlalu kompleks. Sebaliknya, pereka Mazda menghasilkan rekaan dengan menggunakangarisan tunggal atau garis pergerakan (yang menunjukkan ciri aerodinamik) untuk menghasilkan gaya yang dinamik.
Secara keseluruhannya, CX-60 memiliki bentuk yang sama dengan CX-5 namun dengan hud yang lebih panjang. Terpapar dengan gah di bahagian depan ialah gril gergasi Mazda. Pandangan depan kereta disempurnakan dengan lampu depan kecil yang berbentuk petak dan juga liang udara kecil yang berbentuk segi tiga.
Bergerak ke belakang, gayanya agak generik tetapi tetap nampak menarik. Ekzos kuad romboid yang digunakan menambahkan ciri yang menonjol pada bahagian belakang kereta.

Bahagian Dalam Mazda CX-60
Bergerak ke bahagian dalam, ia kelihatan sama dengan tema yang diketengahkan untuk model CX-50, dengan susun atur menegak, skrin bersaiz 12.3 inci dan juga gabungan material yang menarik. Varian yang paling premium, CX-60 Takumi tampil dengan kemasan lebih menarik iaitu gabungan kayu mapel, kulit nappa, tekstil Jepun dan juga jahitan yang halus.



Platform
Tidak boleh dipandang sebelah mata ialah platform yang digunakan untuk menghasilkan CX-60. Mazda telah menghasilkan platform berasaskan pacuan roda belakang yang menggunakan suspensi depan double-wishbone dan juga setup multilink untuk bahagian belakang. Menurut Mazda, platform ini sangat kukuh dan lengkap dengan teknologi anti-olengan Kinetic Posture Control yang telah diperkenalkan dalam MX-5 Miata.
CX-60 akan mula dijual di Eropah dalam tahun ini juga. Untuk pelancaran akan datang pula, Mazda akan membawakan SUV tiga baris tempat duduk seperti CX-80. Pengeluar kereta Jepun ini turut merancang untuk sebanyak lima model elektrik dalam tiga tahun akan datang. Menjelang tahun 2025, kesemua kereta elektrik akan menggunakan platform Skyactiv EV Scalable Architecture
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX5041
SELANGOR
BSU8742
JOHOR
JH539J
PULAU PINANG
PSH2619
PERAK
APM7612
PAHANG
CFJ3544
KEDAH
KGJ7329
NEGERI SEMBILAN
NEM5235
KOTA KINABALU
SJV587
KUCHING
QAB9546P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge