Beberapa Imej Teaser Proton Saga 2022 Mula Tersebar
Persoalan mengenai Proton Saga baharu akhirnya terungkai apabila Proton Malaysia mendedahkan bahawa ia akan dilancarkan pada hari esok.

Tinjauan Caricarz di laman rasmi Facebook Proton Malaysia mendapati walaupun Proton tidak mendedahkan begitu banyak maklumat mengenai Saga 2022 namun berdasarkan imej teaser yang disiarkan dalam laman itu, kami dapat mengagak beberapa ciri spesifikasi.
Sudah pastinya, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai spesifikasi setiap varian Proton Saga.
Untuk makluman anda, ia akan didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT,1.3L Premium AT dan 1.3L Premium S AT.
Berikut adalah perinciannya:
• 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT (Rim Aloi 14 Inci)
• 1.3L Premium AT dan 1.3L Premium S AT (Rim Aloi 15 Inci)
• Empat pilihan warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red
• Skrin paparan LCD
• Lampu hadapan halogen
• Tempat duduk dibalut dengan fabrik kecuali Premium S (semi kulit, fabrik)
• Lampu nyalaan siang hari (Premium AT, S) jenis LED
• 2 beg udara
• Isofix
• Agihan brek elektronik
• Bantuan brek
• Sistem brek anti kunci
• Kawalan Stabiliti Elektronik
• Kamera undur (hanya dua varian teratas)
• Sensor parkir depan (hanya dua varian teratas)
• Sensor undur
• Bantuan brek ketika mendaki ( tiga varian teratas)
• Premium S didatangkan dengan skirting
• Skrin sentuh 7 inci ( hanya dua varian teratas)
• Sambungan telefon pintar jenis android untuk Premium AT, Android, iOS (Premium S)
• Sistem kawalan cengkaman (tiga varian teratas)
• Premium S dilengkapi dengan peringatan sebelum meninggalkan kenderaan
• Push start button
• Bantuan Pandu ECO
• Kemasukan tanpa kunci
• Penghawa dingin dengan penapis kabin N95
• Kerusi belakang jenis bench mempunyai kurang lekuk
Proton Saga 2022 ini didatangkan dengan enjin Campro 1.3L, 4-silinder sebaris, 16 injap DOHC, VVT.

Ini bermakna ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 95PS pada takat 5,750 rpm manakala tork, 120Nm@4,000 rpm.
Berkenaan harganya? Admin berpendapat ia mungkin akan dijual bermula dari harga RM40K hingga RM45K.
Apapun, kita nantikan pengumuman Proton Malaysia esok!
Ada yang jatuh hati ke dengan Saga 2022? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

