- Berita
- Berita Auto
- Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk
Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk
Baru-baru ini tular satu perkongsian dalam Instagram berkenaan isu cuaca dan banjir di Kuala Lumpur. Mana tidaknya, baru sahaja masuk bulan Mei, sudah berkali-kali kota ini dilanda banjir yang menyebabkan banyak kerosakan dan kerugian.
Perkongsian ini dibuat oleh seorang pelajar Malaysia, Iman Aidid, berdasarkan pemerhatian dan juga informasi yang diketahui mengenai keadaan semasa bandaraya Kuala Lumpur.
Dalam perkongsian yang dibuat bertajuk Kuala Lumpur Is Not a Livable City and We Need to Change That, Iman menyatakan sesebuah bandar dapat menjadi sebuah penempatan yang selamat sekiranya dilengkapi kawasan hijau, banyak ruang untuk orang awam, sistem pengangkutan awam yang efisien dan juga akses kepada fasiliti kesihatan yang mudah.
Namun, dalam perkongsian sama yang kini telah menjana sebanyak 30,000 tanda suka dan lebih 300 komen, Iman menyenaraikan 5 sebab kenapa Kuala Lumpur bukan lagi sebuah bandar yang selamat untuk dijadikan tempat tinggal:
#1 Banjir ketiga pada tahun ini

Hujan lebat sejak 11 pagi pada 25 Mei menyebabkan beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur ditenggelami air. Situasi sama pernah terjadi pada 7 Mac dan 25 April tahun ini.
Keadaan ini cukup merisaukan kerana sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil atau pengisytiharan Kecemasan Iklim dibuat.
#2 Kesesakan trafik Kuala Lumpur yang semakin dahsyat

Data trafik menunjukkan bahawa kesesakan jalan raya Kuala Lumpur selepas pandemik lebih dahsyat berbanding sebelum pandemik. Ini terjadi kerana kebanyakan tempat kerja sudah mula beralih daripada bekerja dari rumah kepada bekerja seperti biasa di tempat kerja di samping permulaan sesi persekolahan secara bersemuka.
Kajian Boston Consulting Group (BCG) mendedahkan, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur rata-ratanya menghabiskan sekitar 53 minit dalam kesesakan trafik setiap hari.
#3 Isu pengangkutan awam

Sepertimana bandar-bandar besar di Asia Tenggara, Lembah Klang juga telah direka untuk memudahkan ramai pengguna kenderaan persendirian. Namun, ini sebenarnya menyebabkan isu jarak perjalanan "first-mile and last-mile" (awal perjalanan sehingga ke destinasi) dengan menggunakan pengangkutan awam yang menyusahkan sehingga ramai mempertimbangkan penggunaan kereta sendiri.
Tidak cukup dengan itu, sistem LRT juga sering berhadapan dengan gangguan teknikal dan selalu sesak.
#4 Ekosistem urban yang kian terancam
Bukit Persekutuan yang sepatutnya menjadi 'nadi hijau' kota, kini semakin terancam. Beberapa projek pembangunan dan eksploitasi sedang dijalankan termasuklah di atas bukit. Terkini, terdapat sebanyak tiga projek pembangunan sedang bergerak dengan rancak.
Tidak cukup dengan itu, 13 kawasan yang sebelum ini dikenal pasti sebagai kolam tadahan bakal dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Kolam tadahan ini cukup penting sebagai sistem perlindungan daripada banjir dan hujan lebat.
#5 Kes flat PPR

Rumat flat PPR dan perumahan awam tidak dilengkapkan dengan balkoni. Ruang ini penting untuk memberikan kelegaan fikiran kepada penghuni dengan menikmati pemandangan luar. Tanpa ruang ini, masalah kesihatan mental semakin merebak dalam masyarakat.
Lebih teruk lagi, kawasan hijau dan taman permainan permainan kanak-kanak terpaksa 'dikorbankan' untuk memberi ruang kepada tempat letak kereta.
Kehadiran kawasan hijau dalam persekitaran PPR perlulah diberikan keutamaan. Penghasilan lanskap ini harus mengambil kira bagaimana ia boleh dimanfaatkan orang ramai bukan sahaja secara fizikal tetapi juga visual.
Apa yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan bandar ini?
Iman turut berkongsi antara langkah yang patut diambil bagi menyelamatkan bandar ini. Menurutnya, kerajaan perlu mengabaikan perancangan untuk membina lebih banyak lebuh raya di Lembah Klang kerana ia tidak akan bantu menghilangkan isu kesesakan trafik. Sebaliknya, tumpuan perlu diberikan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam.
Selain itu, Malaysia sebenarnya dalam keadaan 'terdesak' dan perlu mengaplikasikan konsep 'bandar span' dalam perancangan masa hadapan.
Konsep bandar span?
Sejenis konsep yang penting untuk mewujudkan bandar raya berdaya tahan. Berdasarkan konsep ini, antara yang perlu diberikan perhatian adalah kewujudan tanah lembab yang penting untuk menampung air hujan dan penjagaan hutan rimba untuk membolehkan air banjir mengalir secara semula jadi.

Sumber: Berita Harian
"Kita perlukan penyelesaian berasaskan alam semula jadi bukannya konkrit." – Iman Aidid
Bandar span ini juga perlulah lengkap dengan kemudahan pengangkutan untuk orang awam mengakses infrastruktur hijau.
Pada pendapat penulis, salah satu penyelesaian terbaik terutamanya bagi isu kesesakan trafik ialah dengan penggunaan kenderaan mikromobiliti. Namun ini juga telah diharamkan penggunaannya di jalan raya. Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Apakah solusi lain yang boleh digunakan untuk menyelamatkan keadaan (dan tidak haram)? Jom kongsi di bawah!
Sumber: Instagram Iman Aidid
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3487
SELANGOR
BSR6314
JOHOR
JA3691J
PULAU PINANG
PSD8245
PERAK
APJ8719
PAHANG
CFH1753
KEDAH
KGH1272
NEGERI SEMBILAN
NEK9364
KOTA KINABALU
SJT1157
KUCHING
QAB2084P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kongsi Penyelesaian Isu Trafik Sesak Dan Dapat RM1,000!
Jom sertai pertandingan polisi awam!
01-06-2022
10 Kemalangan Di Malaysia Berpunca Kerosakan Brek Kenderaan Komersial
Kemalangan-kemalangan yang telah berlaku di Malaysia ekoran masalah brek.
14-02-2022
"Kalau KL Tak Selamat? Sertakan Bukti, Kajian,"- Datuk Bandar KL
Kecoh mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selama
26-08-2024
Acara KL Car Free Morning Dibatalkan Pada 5 & 12 Mac Ini
KL Car Free Morning (KLCFM) dibatalkan pada hari Ahad ini dan juga Ahad hadapan.
02-03-2023
Banjir Kilat Tenggelamkan KL
Ribuan kereta ditenggelami air akibat banjir kilat yang melanda di sekitar Lembah Klang petang tadi.
07-03-2022
Jangan Jadi Mangsa Banjir Kilat: Ini Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Air Mula Naik Di Jalan Raya
Warga kota takut setiap kali hujan berterusan.
08-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.
12-12-2025
Berita Terkini
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
