- Berita
- Berita Auto
- Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!
Kia Dedahkan EV Niro 2023 Di New York Auto Show - Kini Dalam Rekaan Baharu, V2L & Jarak Lebih Jauh!
Dalam sebuah acara di New York, Kia Amerika dedahkan model EV Niro yang bakal dilancarkan tahun 2023 ini. Model ini hadir dalam reka bentuk baharu dan spesifikasi prestasi yang lebih baik.

Berbeza dengan model-model sebelum ini, Niro bakal tersedia dalam versi hibrid, PHEV dan BEV. Untuk artikel kali, mari kita lihat dengan lebih terperinci mengenai EV Niro.

Menurut Kia, model generasi kedua ini bakal dikeluarkan sebagai sebuah kenderaan utiliti kompak (CUV) dengan dimensi yang lebih besar berbanding yang pertama. Ini perbezaan antara model 2023 dan 2022.
| 2022 | 2023 | |
| Kepanjangan | 172.2" | 174" |
| Jarak Antara Roda | 106.3" | 107.1" |
| Saiz Kelegaan Tanah | 6.1" | 6.3" |
Untuk bahagian dalam, terdapat beberapa ciri terbaharu seperti:
- Papan pemuka yang lebih moden
- Kluster instrumen dan sistem infotainmen jenis dwi-skrin bersaiz 10.25 inci dengan teknologi sambungan yang canggih
- Pencahayaan ambien dengan pelbagai kombinasi warna

Kepanjangan dan jarak antara roda yang lebih tinggi untuk EV ini memberikan lebih ruang kepada semua pengguna kenderaan (pemandu dan penumpang). Keselesaan kereta ditambah lagi dengan ciri seperti Active Sound Design yang akan mengimbangkan bunyi enjin (sekiranya dikenhendaki) dan juga ciri canggih iaitu sistem audio premium Harman Kardon.
Dari segi teknologi, EV Niro 2023 dilengkapi dengan:
- Sambungan CarPlay & Android
- Paparan-di-kepala (HUD) untuk menunjukkan arah
- Pelbagai sistem amaran keselamatan
Selain dilengkapi pelbagai ciri ADAS, EV Kia Niro 2023 turut hadir dengan kemampuan vehicle-to-load (V2L) sama seperti yang terdapat pada EV6. Penjana V2L ialah satu ciri yang menakjubkan – dengan kapasiti bateri lebih daripada 10%, anda boleh mengecas peti ais mini, pejabat mudah alih dan sebagainya termasuklah mengecas EV yang lain.
Berbanding dengan versi 2022, Niro 2023 menggunakan teknologi EV yang hampir sama secara keseluruhannya - bateri 64.8 kWh dan motor 150 kW yang boleh menyalurkan 201 hp. Walau bagaimanapun, jarak perjalanan yang mampu dicapai bagi versi akan datang ini adalah lebih jauh daripada sebelumnya. Jangkaan jarak yang boleh ditempuhi bagi versi 2023 ialah sejauh 253 batu (407 km) yang merupakan 14 batu (23 km) lebih baik berbanding versi 2022. Namun, angka ini masih belum disahkan oleh EPA.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX8342
SELANGOR
BSU9432
JOHOR
JH2084J
PULAU PINANG
PSH3240
PERAK
APM8236
PAHANG
CFJ3746
KEDAH
KGJ7613
NEGERI SEMBILAN
NEM5483
KOTA KINABALU
SJV1173
KUCHING
QAB9726P
Terakhir Kemas Kini 09 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge