Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Suhana Veru
3-2-2025
BESAR SANGAT!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini. Sekilas pandang, jentera ini kelihatan seperti kereta konsep.
Apa tidaknya, rupa paras EV9 ini agak pelik kerana mewakili hala tuju reka bentuk baharu pembuat kereta Korea itu yang dikenali sebagai 'Opposites United.'
Apa yang lebih menarik ialah beberapa elemen reka bentuk EV9 juga difahamkan telah di bawa masuk ke model Kia baharu yang lain termasuk muka hadapan tanpa gril yang menampilkan bahagian depan yang digelar Digital Tiger Face, lampu nyalaan siang hari berbentuk L serta bentuknya lebih berkotak.
Lebih menyerlahkan lagi penampilan berani SUV ini ialah pakej GT-Line yang ditawarkan standard kepada EV9 yang terdiri daripada kedua-dua bodykit GT-Line dan rim aloi GT-Line bersaiz 21-inci.
Selain bercakap mengenai ciri futuristiknya, ramai yang mungkin terkejut kerana EV9 adalah antara kereta SUV serba elektrik paling besar di pasaran tempatan.
Ini kerana Kia EV9 mempunyai dimensi 1,780 (tinggi), 1,980mm (lebar), 5,015mm (panjang) dan jarak roda sekitar 3,100mm sekali gus membuktikan hanya tinggal beberapa milimeter sahaja ia melangkah masuk sebagai SUV bersaiz penuh.
Maka, tidak hairanlah mengapa EV9 yang seberat 2,674 kilogram menjadi salah satu kenderaan penumpang paling berat di pasaran tempatan.
Begitupun, SUV besar sebenarnya bukan diminati semua orang namun rekaannya cukup memukau.
Apa tidaknya, ia pernah memenangi anugerah Red Dot Product Design Award 2024 untuk kategori kereta.
KABIN BESAR, MEWAH
Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin EV9, ia sememangnya menawarkan ruang yang cukup besar dalam era baharu sekarang.
Ruang kabin Kia EV9 menyediakan konfigurasi enam atau tujuh tempat duduk yang luas dan selesa. Yang ini varian yang menawarkan enam tempat duduk.
Dari bahagian depan, anda boleh melihat, ia dilengkapi dengan skrin sentuh berkembar 12.3 inci dengan ketersambungan AppleCarPlay/Android Auto dan paparan 5-inci untuk kawalan suhu termasuk sistem audio Meridian 14-pembesar suara.
Jentera ini juga dilihat mempunyai kawalan fizikal khusus untuk kawalan iklim, penukar gear, memilih mod pemanduan dan rupa bumi, tombol untuk membetulkan tempat duduk, dan beberapa terdapat pelbagai butang di bahagian stereng.
Bukan itu sahaja, tempat duduk hadapan GT-Line bukan sahaja hadir dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, tetapi terdapat juga fungsi urut.
Bagaimanapun, fungsi memori hanya dikhaskan untuk bahagian pemandu.
Untuk makluman, unit yang diuji ini menawarkan konfigurasi tempat duduk 2-2-2, sekali gus meletakkan barisan kedua dengan dua tempat duduk gaya kapten yang menawarkan ruang dan keselesaan yang mencukupi
Varian ini juga hadir dengan fungsi ottoman, dimana kedua-dua kerusi kapten boleh dipanaskan sekali gus menjadikan ia adalah kereta untuk bos yang cukup sempurna.
Apa pun, bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar mungkin cukup gembira dengan tempat duduk barisan ketiga EV9 kerana ia cukup luas dan kerusinya boleh dilipat dengan mudah.
Malah, bagi kedua-dua tempat duduk baris kedua dan ketiga, terdapat juga penghawa dingin dengan panel kawalan khusus manakala bumbung kaca panoramik jenis berasingan.
Antara kelengkapan lain ialah terdapat port pengecasan USB-C yang sememangnya sudah mencukupi untuk kesemua enam penumpangnya.
Bagi ruang but, ia menawarkan ruang seluas 333 liter dan apabila kerusi belakang direbahkan, ruangnya bertambah luas kepada 838 liter.
Sementara itu, ia juga mempunyai ruang simpanan di bahagian depan (frunk) yang seluas 52 liter dimana anda boleh meletakkan pelbagai barangan bersaiz kecil.
Namun jangan terkejut, EV ini tidak menyediakan roda ganti dan perkara ini sebenarnya sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan EV premium sekarang.
Walaupun EV9 tidak seluas atau praktikal seperti Kia Karnival, namun ia sudah memadai bagi yang mempunyai keluarga besar.
PEMANDUAN MANTAP
Jangan biarkan saiznya umpama raksasa membuatkan anda takut untuk memandunya namun hakikatnya, pemanduan EV9 ini sebenarnya mudah.
Varian EV9 GT-Line AWD ini disumbat dengan dua motor elektrik dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 380 kuasa kuda dan tork 700Nm tork.
Ini membolehkan Kia EV9 mampu memecut dari 0-100km/jam hanya dalam masa 5.3 saat dengan halaju tertinggi dihadkan pada 200km/jam.
Menerusi pandu uji kami, AWD dwi-motor ini sememangnya memberikan pemanduan yang cukup bertenaga walaupun ia seberat tiga tan.
Jika anda menggunakan mod pemanduan Normal dan Eco, ia menawarkan pemanduan yang cukup lincah tetapi jika anda menggunakan mod Sports, ia membolehkan anda memecut macam pelesit.
Dengan berat dan saiznya yang besar, ia tidak menjadi halangan besar jika anda gemar melayan selekoh tajam.
Lagipun, walaupun tidak menggunakan sistem gantungan udara seperti kebanyakan EV lain namun EV9 tetap memberikan penggendalian yang cukup sempurna. Ini kerana ia disokong dengan platform E-GMP dimana kebanyakan EV seperti Hyundai, Kia dan Ioniq 5 N juga dibangunkan dengan platform yang sama.
Apa yang sedikit janggal ialah mengenai cermin pandang belakang digital kerana ia terletak di dalam kereta manakala bahagian cermin sisi di luar dipasang dengan kamera manakala visual video dipaparkan pada paparan khas berhampiran tiang-A di dalam kenderaan.
Jadi untuk melihat bahagian belakang, semuanya terpapar di dalam kereta. Pada mulanya, anda akan berasa kekok namun perasaan itu akan hilang secara automatik apabila sudah terbiasa.
KAPASITI BATERI BESAR!
Selain menawarkan pengendalian yang baik, platform E-GMP menawarkan prestasi bateri dan pengecasan yang cukup baik.
Untuk varian AWD GT-Line yang diuji ini, ia dimuatkan dengan unit bateri litium-ion 99.8-kWh yang cukup besar dimana ia mampu melakukan perjalanan sejauh 505 KM (WLTP).
Dengan pengecas pantas DC CCS2 350 kW pula, ia boleh dicas dari 10%-80% dalam 24 minit dan jika menggunakan pengecas AC Type 2 dengan 11 kW , baterinya mengambil masa sekitar 10 jam 30 minit untuk penuh.
Malangnya, kami tidak sempat mengukur prestasi jarak elektriknya namun kami telah berjaya melakukan pemanduan melepasi 400 km di sekitar bandar dan lebuh raya.
Jika anda memandu secara santai, maka anda juga sebenarnya boleh melakukan pemanduan lebih daripada 400 km dengan hanya sekali cas.
Sekiranya Bermaz Auto memutuskan untuk menawarkan varian Long Range RWD, kami berpendapat ia adalah sebuah kereta yang cukup ideal buat mereka yang sudah berkeluarga dan gemar melakukan perjalanan jauh.
HARGA BOLEH TAHAN!
Dengan penggayaan yang cukup berani selain menawarkan prestasi bateri yang cukup baik, ini membuatkan Kia EV9 GT-Line AWD 6-tempat duduk adalah salah satu pilihan yang paling tepat terutama bagi mereka yang mencari SUV premium tiga tempat duduk.
Bagi yang berminat, KIA EV9 GT-Line AWD ditawarkan dalam kapasiti enam atau tujuh tempat duduk.
Bagi varian tujuh tempat duduk, ia dijual pada harga RM369,66 manakala enam tempat duduk: RM374,668.
Setiap pembeliannya didatangkan dengan waranti pengeluar lima-tahun/150,000 km, waranti bateri lapan-tahun/160,000 km serta lapisan cermin gelap V-Zion.
Kia EV9 yang merupakan versi diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea, menawarkan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Snow White Pearl, Pebble Grey, Aurora Black Pearl dan Iceberg Green.
Berbalik kepada harganya yang hampir mencecah hampir RM400,000 untuk jenama Kia, ia mungkin satu keputusan yang sukar dibuat oleh sesetengah orang, namun kami menganggap harga itu sebenarnya berasas kerana dari penggayaan EV9 termasuk kabin dan pengendaliannya cukup mantap.
Jika difikirkan semula, harga EV9 sememangnya sangat berpatutan, terutamanya apabila dibandingkan dengan seterunya dari Eropah yang kebanyakannya berharga melebihi paras RM400,000.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan!
Gallery


































Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPB6823
SELANGOR
BSE3819
JOHOR
JXW3362
PULAU PINANG
PRQ2639
PERAK
ANV2504
PAHANG
CFB6374
KEDAH
KGA3928
NEGERI SEMBILAN
NEF6675
KOTA KINABALU
SJK6701
KUCHING
QAB2775L
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025
Berita Berkaitan
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri
Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.
25-06-2024
Kia EV 9, Carnival Diguna Untuk Pindahkan Penumpang Business
Syarikat penerbangan, Batik Air mengumumkan kerjasama dengan Kia, sebentar tadi.
24-06-2024
Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat
Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.
07-06-2024
Besar Macam Anak Gajah Pun Boleh Laju, MPV TERPALING Sempurna
Mesti ramai tak percaya MPV ini boleh memecut laju.
27-05-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat