ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

10 Lagi Jalan Raya KL Akan Dikenakan Had Laju 30 KM/J

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Sebagai usaha untuk membendung kes kemalangan di beberapa kawasan yang berisiko tinggi, sepuluh lagi jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur akan dikenakan had laju maksimum 30 km/j.


Cadangan had laju ini diketengahkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).




Berdasarkan laporan The Star, walaupun lokasi pelaksanaan had laju ini masih belum diputuskan, kriteria jalan raya yang berkemungkinan besar akan menerima peraturan baharu ini ialah kawasan berdekatan dengan sekolah, pusat membeli-belah, dan hab-hab pengangkutan awam. Faktor lain yang turut menjadi pertimbangan dalam cadangan ini ialah kawasan yang memiliki rekod kemalangan tinggi dan juga yang banyak menerima aduan daripada orang lain.


Prof Wong (Foto: NST)


Prof Wong, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UPM berkata, pihak berkuasa akan turut menambah halangan kelajuan dengan penggunaan bonggol jalan, bulatan serta jalur rumble.   


Baca: Mampukah Had Laju 30 km/j Kurangkan Kadar Kemalangan Di Jalan Raya?


“DBKL telah pun mengenakan had laju 30 km/j di beberapa zon sekolah.


“Di bawah cadangan baharu itu, beberapa jalan dengan had laju semasa 40 km/j akan dikurangkan kepada 30 kmj manakala jalan dengan had laju 60km/j akan dikurangkan kepada 50 km/j,’’ tambah beliau.




Menjelaskan motif di sebalik cadangan pengurangan had laju, Prof Wong berkata, “Orang ramai selalunya berkejar untuk ke sesuatu tempat. Sekiranya mereka perlahan, kita dapat mengurangkan kadar kemalangan.


Tambahnya lagi, “Kita tidak boleh mengawal kemalangan, tetapi boleh mengawal kelajuan, yang merupakan faktor penting bagi mengurangkan kemalangan.”


Kajian kebolehlaksanaan had laju baharu di sepuluh kawasan ini dijangka bakal siap pada hujung tahun ini.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.