ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW X5 xDrive45e M Sport 2022 Dikemaskini Dengan Ciri Visual & Keselamatan Baharu – Harga Naik RM6K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



BMW X5 xDrive45e M Sport pemasangan tempatan (CKD) kini telah menerima beberapa ciri baharu pada bahagian luar kereta dan juga beberapa fungsi tambahan lain untuk meningkatkan tahap keselamatan model ini. Harganya? Sudah pasti lebih tinggi dengan adanya ciri-ciri baharu ini iaitu lebih RM6,000 berbanding versi sebelumnya. 


 Apa Yang Terkini Pada Bahagian Luar X5 xDrive45e M Sport 2022?





Perubahan paling menonjol pada bahagian luar kereta ini ialah lampu depan BMW Laserlight yang kini memberikan pencahayaan lebih lebar berbanding unit bi-LED yang digunakan sebelum ini. Sistem lampu baharu ini juga didatangkan dengan fungsi Selective Beam, yang akan menutup sebahagian daripada lampu secara automatik untuk mengelakkan penggunaan kenderaan lain daripada silau. 



BMW X5 xDrive45e versi hibrid plug-in ini juga kini menggunakan roda aloi yang lebih besar bersaiz 21 inci 741M dalam warna Kelabu Orbit sebagai ciri standard. 


Apa Yang Terkini Dari Segi Ciri Keselamatan X5 xDrive45e M Sport 2022?




BMW X5 xDrive45e kini dilengkapkan dengan dua beg udara sisi tambahan untuk penumpang di barisan kedua tempat duduk, yang kini secara keseluruhannya menjadi kereta memiliki sebanyak lapan beg udara. 

Baca: BMW & Mini Service Fast Lane Kedua Dibuka Di KL, Ini Maklumat Terperinci

Selain itu, dalam kemas kini kali ini, model ini turut didatangkan dengan ciri Active Protection yang memberikan perlindungan kepada penumpang di dalam ruangan kabin sekiranya menghampiri kemalangan. Salah satu contoh fungsi Active Protection ini ialah sekiranya tingkap terbuka sewaktu kemalangan dianggarkan akan terjadi, ia akan tertutup secara automatik bagi meningkatkan tahap keselamatan kereta. 


Baca: BMW Ini Boleh Tukar Warna Sekelip Mata! Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi E Ink

BMW juga telah menambahbaik tali pinggang kereta dengan sistem pra-regangan berbalik, yang akan mengetat secara automatik bergantung kepada badan pengguna.

Harga Kereta

Seperti yang dikatakan tadi,  BMW X5 xDrive45e M Sport 2022 kini lebih mahal sebanyak RM6,000 dengan harga terbaharu, RM457,498 atas jalan tanpa insurans. Harga adalah termasuk pengecualian SST yang akan tamat pada 30 Jun ini. Oleh itu, jangan tunggu lagi!

Baca: BMW XM Terpilih Sebagai SUV Tercantik!



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB5281

SELANGOR

BSQ6041

JOHOR

JYX9803

PULAU PINANG

PSC7784

PERAK

APH9587

PAHANG

CFG7093

KEDAH

KGG3972

NEGERI SEMBILAN

NEK5871

KOTA KINABALU

SJS2721

KUCHING

QAB9479N

Terakhir Kemas Kini 10 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal

Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.

10-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026

Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/

10-06-2026
Berita Auto

Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas

Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.

10-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Bakal Muncul Dengan Varian Baharu

Proton e.MAS Bakal Buat Kejutan, Pratonton Varian Baharu e.MAS 7 Di KLIMS 2026.

09-06-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026

Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.

09-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.