Segera Tempah Proton Sebelum Terlambat!
Proton Holdings Bhd (PROTON) dikhabarkan akan berhenti menerima tempahan sekiranya model tertentu mencapai had keupayaan pengeluarannya sehingga 31 Mac 2023.
Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Roslan Abdullah kepada akhbar Berita Harian.
“Langkah itu diambil bagi membolehkan pelanggan menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan,” katanya.
Untuk info, tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan manakala Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga bergantung kepada pilihan warna dan varian.

Tempoh menunggu Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan bergantung kepada pilihan warna dan varian.
Bagi sesiapa yang berminat membeli produk Proton, anda boleh membayar yuran tempahan dan akan terus layak memasuki 'queue' bagi membeli kereta baharu.
Bagaimanapun, transaksi membeli kereta adalah tertakluk kepada terma dan syarat, terutama sekali kelulusan pinjaman bank dan oleh itu, bukan semua tempahan bakal menjadi jualan.

"Bagi Proton, yuran tempahan untuk setiap model adalah antara RM500 hingga RM1,000," jelasnya.
Sehubungan itu, bagi pembeli yang ingin menikmati insentif pengecualian cukai, tempahan perlu dibuat sebelum 1 Julai 2022 manakala pendaftaran kenderaan perlulah dilakukan sebelum 1 April 2023.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4340
SELANGOR
BSV2803
JOHOR
JH7397J
PULAU PINANG
PSH5312
PERAK
APN2014
PAHANG
CFJ4592
KEDAH
KGJ9043
NEGERI SEMBILAN
NEM6513
KOTA KINABALU
SJV2879
KUCHING
QAB643Q
Terakhir Kemas Kini 21 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kes Pertama Seksyen 42A: 3 Remaja 'Wheelie' Ditahan JPJ
3 remaja bakal jadi kes pertama didakwa ikut Seksyen 42A di Kelantan.
20-11-2026
Prestasi Jualan Kereta Oktober: Cecah 70,519 Unit
Jualan Kenderaan Oktober 2026 Meningkat 1.3%, Pikap Catat Rekod.
20-11-2026
Proton X90 Laku Keras, Ini Punca Ramai Beli
Proton X90 2026 Adalah SUV Segmen D No.1 Malaysia.
20-11-2026
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
