Harga Kenderaan Dijangka Naik, Ini Pendapat Pakar Ekonomi!
Tinggal beberapa minggu sahaja harga kereta tanpa pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan tamat sebaik hujung bulan ini.
Apa yang menjadi persoalan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) masih belum memberi kata putus sama ada SST akan diteruskan lagi atau dibatalkan!
Setakat ini, kerajaan masih kunci mulut, enggan mengumumkan sebarang status SST kereta biarpun berbaki beberapa minggu lagi.

Untuk itu, Caricarz menghubungi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad bagi mendapatkan status terkini SST.

MAA berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada MOF berhubung keputusan sama ada melanjutkan atau menamatkan insentif pengecualian SST ke atas kenderaan penumpang.
“MAA belum mendapat maklum balas daripada MOF. Namun, kita mengharapkan pengecualian ini dapat dilanjutkan untuk tempoh tertentu berdasarkan beberapa faktor,” katanya kepada Caricarz.
Kenapa SST perlu diteruskan:
• Tempahan tertunggak yang masih tinggi
• Pengeluar berdepan dengan isu stok
• Isu kekurangan cip komputer

Untuk makluman, pengecualian cukai jualan pertama kali diumumkan pada Jun 2020 sebagai cara untuk meningkatkan jualan kereta semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia kemudian dilanjutkan beberapa kali sepanjang 2 tahun yang lalu dengan lanjutan terkini ialah 30-Jun 2022.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa jika SST diteruskan ia akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.
Kelmarin kecoh pula mengenai harga kereta bermungkinan akan meningkat antara 1 hingga 10 peratus jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula.
Ikuti temubual Caricarz bersama Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Apakah komen dr. berhubung andaian kenaikan harga kereta 1-3 peratus?
Kenaikan harga kereta sememangnya boleh kita jangkakan disebabkan faktor kenaikan kos bahan mentah, peralatan, peranti elektronik dan juga kos buruh.
Namun, kita harus memahami bahawa keputusan membeli kereta ini adalah pelbagai.
Sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh faktor keperluan dan selebihnya faktor seperti citarasa terhadap jenama, rekabentuk, teknologi dan sebagainya.
Para pembeli akan membeli kereta mengikut kemampuan mereka dan pihak bank atau institusi pembiayaan kereta akan memberikan pembiayaan berdasarkan kelayakan dan rekod pembayaran.

Adakah kenaikan harga kereta akan menyebabkan angka jualan kenderaan akan menurun?
Soalnya adakah kenaikan cukai akan menjejaskan trend pembelian kereta?

Ada asasnya. Namun ia mungkin bersifat sementara kerana bagi pembeli kereta yang mana kereta sedia ada sudah lama, maka mereka akan cenderung untuk membeli kereta yang baru bagi mengelakkan kos penyelengaraan yang lebih tinggi.
Justeru, keputusan membeli kereta terdiri dari pelbagai faktor sebenarnya dan tidak tertakluk kepada cukai semata-mata.

Berhubung desakan pengeluar kenderaan dan MAA yang mahu SST diteruskan atas beberapa faktor, ini jawapan Dr. Afzanizam:
Kenaikan kos perniagaan sudah pasti akan mengurangkan margin keuntungan. Maka, jalan singkat adalah dengan menaikkan harga jualan.
Soal pengurangan SST pula, apabila diperkenalkan, ia sebenarnya adalah bertujuan untuk merangsang jualan kenderaan ketika negara berhadapan wabak Covid-19.
Faktor Covid-19 ini pula dilihat semakin beransur pulih. Maka dasar itu perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.

Sekiranya, SST dikekalkan, adakah ia berupaya utk mengekalkan harga kenderaan?
Persoalan ini perlu diteliti. Jika dasar yang dibuat itu tidak akan mencapai sasaranya maka, ia boleh merugikan semua pihak.
Sementara itu, seorang pakar ekonomi yang enggan mahu dikenali pula berpendapat bahawa SST sebenarnya tidak perlu dilanjutkan.
Solusinya ialah bagi sesiapa yang membuat tempahan kereta sebelum 30 Jun, mereka masih layak mendapat SST walaupun kenderaan yang ditempah keluar pada hujung tahun.
Bernas juga idea pembeli masih layak menerima SST walaupun kereta keluar hujung tahun.
Apa pula pendapat anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
