"Kami Berterima Kasih Kepada Kerajaan Atas Pengumuman inI" - Datuk Zainal Abidin
Perodua menyambut baik pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.
Seperti sedia maklum, Kementerian Kewangan sudah memutuskan bahawa tiada sebarang lanjutan pengecualian cukai jualan kereta.
Sebaliknya, jika pengguna membuat tempahan sebelum 30 Jun, mereka dikatakan masih layak menikmati insentif tersebut selagi kenderaan mereka didaftarkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan pada atau sebelum 31 Mac 2023.
Namun apa pula kata big bos Perodua?
Ini jawapannya!
“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman ini kerana ia memberi ruang kepada industri dan pasaran untuk memenuhi permintaan para pengguna dan masa kepada kami untuk mengatasi pelbagai isu sedia ada,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa selain kesan daripada wabak Covid, pemain industri automotif juga berhadapan dengan masalah kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja.
“Perodua dan pembekal kami sedang mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderan yang ditempah memberi kami ruang yang amat diperlukan untuk mengatasi isu-isu tersebut,” ujarnya.

Oleh itu, pihak Perodua dikatakan sedang berusaha memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi.
Menyentuh mengenai penghantaran kereta, beliau berkata Perodua telah mendaftarkan 106,179 kenderaan antara Januari dan Mei tahun ini.
Ini bermakna terdapat peningkatan jualan sebanyak iaitu 10 peratus lebih daripada 96,281 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Daripada jumlah 106,179 tersebut, model paling laris adalah:



• Perodua Myvi - 31,689 unit
• Perodua Axia - 24,024 unit
• Perodua Bezza - 23,336 unit
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5240
SELANGOR
BSU6024
JOHOR
JG3653J
PULAU PINANG
PSG7516
PERAK
APM4761
PAHANG
CFJ2257
KEDAH
KGJ5767
NEGERI SEMBILAN
NEM3903
KOTA KINABALU
SJU6851
KUCHING
QAB8253P
Terakhir Kemas Kini 25 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge