Kerajaan Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Selenggara Lebuh Raya Timur-Barat

Mustapa (dua dari kiri) dan Mohd. Suhaili (dua dari kiri) melawat laluan FT004, Lebuh Raya Timur-Barat, Jeli, semalam. (Foto: Kosmo)
Sebanyak RM10.9 juta diperuntukkan kerajaan untuk kerja-kerja pengelenggaraan di 11 lokasi dengan tujuan bagi menaik taraf laluan di Lebuh Raya Timur-Barat tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tahun lalu, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak RM16.6 juta untuk menyelenggaran laluan tersebut. Terkini, 13 lagi lokasi di sepanjang laluan tersebut sepatutnya dinaik taraf tahun ini dengan kos mencecah RM8.9 juta.

“Sehubungan itu, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah membentangkan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri mengenai keperluan menyediakan peruntukan yang lebih besar bagi kerja-kerja menyelenggara aset-aset kerajaan termasuk jalan raya, peralatan dan bangunan pada April lalu.
“Kerajaan memandang serius isu melibatkan laluan di Lebuh Raya Timur-Barat kerana merupakan laluan utama masuk ke Kelantan. EPU dan Kementerian Kewangan telah memberi keutamaan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan itu,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama Pengarah JKR Kelantan, Ir. Mohd. Suhaili Ismail ke laluan FT004, Lebuh Raya Timur-Barat di Jeli.

Gambar hiasan (Foto: Kosmo)
Kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat juga telah dilaksanakan secara berperingkat.
“Kerja penyelenggaraan di kawasan lebuh raya itu melibatkan laluan sejauh 313.71 kilometer merentasi negeri Kedah, Perak dan Kelantan.
“Jajaran jalan ini bermula dari Baling, Kedah ke Grik, Perak melibatkan jarak sejauh 114.66 kilometer. Ia juga melibatkan laluan sejauh 83.78 kilometer dari Gerik ke Jeli dan 115.5 kilometer dari Jeli ke Pasir Puteh,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV4471
SELANGOR
BSU5907
JOHOR
JG3420J
PULAU PINANG
PSG7331
PERAK
APM4661
PAHANG
CFJ2180
KEDAH
KGJ5701
NEGERI SEMBILAN
NEM3843
KOTA KINABALU
SJU6823
KUCHING
QAB8209P
Terakhir Kemas Kini 24 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

