ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kereta Atau Robot? Model Unik Ini Bakal Dihasilkan Jidu Tahun 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Syarikat kenderaan elektrik (EV) di bawah Baidu Inc., Jidu Auto, baru-baru ini telah mempertontonkan kereta pertama keluaran syarikat iaitu sebuah kereta konsep “robot” yang dinamakan ROBO-01. 


Pelancarannya diadakan secara dalam talian melalui platform metaverse Baidu di mana imej, video dan butiran lain mengenai EV pintar ini dikongsikan. 


Bahagian Luar ROBO-O1




Dari luar, ROBO-01 hadir dengan gaya rekaan yang futuristik dan minimalis. Model ini tampil dengan ciri yang unik dan pertama seumpamanya dalam industri ini seperti konsep bukaan pintu jenis sayap rama-rama dan juga sepasang pintu belakang dan tingkap sisi yang tidak bertanda. Rekaan ini menjadikan kereta kelihatan lebih “robotik.”




ROBO-01 didatangkan dalam tiga warna berbeza seperti yang ditunjukkan dalam foto di atas. Setiap warna tersebut dihasilkan daripada lima salutan dan lapisan teknikal berpigmen yang boleh membiaskan cahaya dalam cahaya semula jadi untuk menjadikan warna kelihatan lebih ‘mendalam.’


Bahagian Kabin/Dalaman ROBO-01


Bergerak ke bahagian dalam, objek pertama yang menjadi tarikan pandangan ialah skrin HD kereta yang diletakkan di sepanjang papan pemuka kereta. Konsep sama yang dapat dilihat pada sedan elektrik EQS baharu daripada Mercedes-Benz.

Memandangkan kereta ini dilengkapi teknologi kendali-dengan-wayar (steer-by-wire), sterengnya boleh dilipat dan disembunyikan untuk memberikan ruang yang lebih di dalam kabin.

Selain itu, ciri-ciri fizikal seperti pemegang pintu, pedal penukar gear, tuil indikator kiri dan kanan dan banyak lagi suis lain dibuang daripada rekaan untuk memaksimumkan interaksi manusia-kenderaan. 

Teknologi ROBO-01

Kereta konsep ini dilengkapi sistem autonomi Tahap 4 yang tidak memerlukan intervensi manusia. EV ini juga menggunakan cip 8295 Qualcomm yang membolehkan pengguna mengakses bantuan suara di luar talian atau secara offline sekiranya sambungan internet tidak begitu baik. 

Jidu juga akan menghasilkan dua lidar dan 12 buah kamera untuk digunakan pada kereta. Lidar merupakan sistem pengesanan yang sama seperti radar, namun lidar menggunakan cahaya dan bukannya gelombang radio. 

Baca: Apple Hasilkan Kereta Tanpa Tingkap, Penumpang Guna VR? Ini Perinciannya...

Rancangan Pengeluaran Model Sebenar

Anak syarikat Baidu Inc., Jidu Auto, yang diasaskan bersama Geely ini telah merancang untuk mengeluarkan EV ini secara besar-besaran pada tahun 2023. Model yang bakal dikeluarkan nanti dilaporkan akan memiliki persamaan sehingga 90% dengan kereta konsep ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Baidu, Robin Li, berkata, model pertama Jidu ini akan ditawarkan pada harga lebih 200,000 yuan (RM 131458.93). 

Baca: Wanita Ini Terajui Penghasilan Kereta Elektrik Pertama UAE

Bekas pereka Cadillac, Frank Wu telah diberikan tanggungjawab sebagai ketua rekaan, sementara Wang Weibao, yang pernah menjadi ahli inisiatif EV, Project Titan syarikat Apple akan mengetuai bahagian pemanduan pintar. 

Tonton Video ROBO-01


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS7582

SELANGOR

BSU2324

JOHOR

JF2740J

PULAU PINANG

PSG1450

PERAK

APL9182

PAHANG

CFH9255

KEDAH

KGJ3503

NEGERI SEMBILAN

NEM1843

KOTA KINABALU

SJU4280

KUCHING

QAB7068P

Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.