PERODUA Bakal Terajui EV Murah

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bakal mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) mampu milik menjelang tahun 2025.
Langkah itu adalah seiring dengan pelantikan syarikat pengeluar kenderaan itu untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
"Terima kasih syarikat Perodua kerana membantu Malaysia dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik dan memperkukuhkan mobiliti mampan Malaysia," katanya di media sosial semalam.

Terdahulu, Perodua ada menyuarakan bahawa pihaknya mahu melihat kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Malah, pada tahun lepas Perodua ada menayangkan kereta konsep yang dikenali sebagai EMO pada acara Malaysia Autoshow 2023.

Konsep EMO ini sekiranya direalisasikan nanti, bakal memeriahkan pasaran segmen B dengan panjang 3,895 MM, lebar 1,735 MM, tinggi 1,515 MM, dan jarak roda 2,500 MM. Dimensi yang hampir sama dengan hatch Myvi yang kini ditawarkan di pasaran.

Perodua membayangkan Konsep EMO mempunyai sistem penggerak elektrik sepenuhnya dengan output yang dikatakan sekitar 95 PS/121 Nm, dengan kemampuan pecutan 0-100 km/j sekitar 10 saat dan kelajuan tertinggi 160 km/j. Kemungkinan besar, konsep ini menggunakan penjana tunggal yang menggerakkan roda hadapan (FWD).
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA2873
SELANGOR
BSV2499
JOHOR
JH6695J
PULAU PINANG
PSH4963
PERAK
APN1677
PAHANG
CFJ4526
KEDAH
KGJ8927
NEGERI SEMBILAN
NEM6425
KOTA KINABALU
SJV2701
KUCHING
QAB550Q
Terakhir Kemas Kini 20 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Betul Ke Kereta Elektrik Tak Boleh Dicas Sampai 100%?
Mitos atau Fakta: Jangan Cas EV Sampai 100%.
16-11-2026
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar
GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).
22-05-2023
Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?
Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand
19-05-2023
Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow
Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.
04-05-2023
Berita Terkini
BYD Flash Charging Tiba di Malaysia: Hanya Cas 9 Minit
BYD Flash Charging kini di Malaysia dengan kuasa 1,500 kW! Cas DENZA D9 & Z9GT 10%-97% dalam 9 minit di bilik pameran Balakong, Glenmarie & Old Klang Road.
19-11-2026
Letih Muat Turun App Berbeza, Kan Senang Kalau Guna Debit Sahaja
Kena Muat Turun Banyak App Semata-Mata Nak Cas Kereta.
19-11-2026
Berapa Jumlah Pengecas EV Awam Di Malaysia?
Baru ada 7,341 pengecas EV seluruh Malaysia — sempat ke nak capai 30,000 menjelang 2030?
17-11-2026
BYD Flash Charging Bakal Dilancar
Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.
13-11-2026
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

