Piala Asia Michelin, Johan Pertandingan Berpeluang Ke Abu Dhabi
Adakah anda gemarkan bermain permainan video lumba kereta?
Jika ya, ada berita gembira buat anda! Sekiranya, anda pro dalam video lumba kereta, apa kata anda mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo.
Kali ini, acara berkenaan akan menyaksikan para gamer Malaysia bertarung dengan peserta dari Thailand, Indonesia, dan Australia.
Hadiah menarik menanti anda!
Hadiah Utama - pakej perjalanan yang ditanggung sepenuhnya oleh Michelin. Ia bakal memberi peluang kepada johan pertandingan ini untuk meneroka dunia Michelin dalam kegiatan sukan permotoran dan mobiliti di Michelin Passion Experience (MPE).

Ia akan diadakan di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.
Naib johan pula – Membawa pulang satu set tayar Michelin.

Tempat ketiga - Dihadiahkan kad bahan api bernilai lebih daripada RM1,500.
Malah, setiap seorang daripada 500 peserta berdaftar yang pertama di Malaysia akan dihadiahkan barangan Michelin yang eksklusif.
Pendaftaran bagi pusingan kelayakan akan dibukamulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.
Untuk makluman anda, Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo merupakan sebuah pertandingan e-lumba yang akan menggunakan platform ‘Gran Turismo’ di PlayStation 4 dalam mod Sport.
Para peserta dikehendaki untuk menghantar catatan masa terbaik mereka bagi Pusingan Kelayakan dari 11 hingga 15 Julai 2022.

Enam peserta dengan catatan masa terbaik akan diumumkan pada tarikh 20 Julai 2022 untuk mewakili Malaysia dalam pusingan Separuh Akhir dan kemudiannya berlumba dengan enam wakil peserta terbaik dari tiga lagi negara lain yang mengambil bahagian.
Seramai 24 peserta dalam Pusingan Separuh Akhir (enam pemain dari setiap negara: Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Australia) akan dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu akan terdiri daripada 12 pemain.
Enam pemain terpantas dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan Akhir, yang akan disiarkan secara langsung pada 26 Ogos 2022 bermula jam 8 malam (Malaysia), melalui akaun Facebook rasmi Michelin Malaysia termasuk saluran media sosial lain.
Berikut adalah jadual Piala Asia Michelin:

Untuk pendaftaran, layari https://gperacing.com/michelin/mulai hari ini sehingga 8 Julai 2022.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8264
SELANGOR
BSR1865
JOHOR
JYB4276
PULAU PINANG
PSD3559
PERAK
APJ4418
PAHANG
CFG8970
KEDAH
KGG6901
NEGERI SEMBILAN
NEK7490
KOTA KINABALU
SJS5970
KUCHING
QAB672P
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tayar Michelin Hadir Dengan Teknologi Keselamatan
Michelin melancarkan tayar terbaharunya, MICHELIN Primacy SUV+.
25-05-2022
Tayar Terbaharu Michelin: Khas Untuk Pikap dan SUV, Ini Kelebihannya...
MICHELIN baru-baru ini telah memperkenalkan tayar MICHELIN LTX Trail untuk pasaran Malaysia
06-10-2021
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat