Proton Saga, Model Terlaris Proton
Nampaknya, isu bekalan cip tidak menjadi malah utama buat jenama kereta nasional, Proton.
Proton dilaporkan mencatatkan jualan sebanyak 9,792 unit (tempatan dan eksport) pada bulan lalu.
Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak 10.8 peratus berbanding dengan April 2022.
Sementara itu, model X50 terus menguasai pasaran kenderaan utiliti sports (SUV) dengan jualan 2,779 unit pada Mei lalu.
“Dua lagi model Proton yang kekal di tempat pertama adalah Proton X70 dan Proton Exora. Ia masing-masing mencatatkan jualan sebanyak 692 unit dan 387 unit.

“Model terlaris syarikat, Proton Saga mencapai jualan 3,996 unit pada bulan Mei, menempatkannya di tangga kedua bagi sedan segmen A,” kata Proton dalam satu kenyataan tadi.
Fuhh, nampaknya Proton Saga serba baharu mendapat sambut menggalakkan apabila ia menerima lebih 12,000 tempahan.

Ini pencapaian yang baik memandangkan syarikat perlu menguruskan peralihan model dari versi lama ke versi Proton Saga 2022 yang dilancarkan pada 12 Mei lalu.
Dikatakan jualan pada bulan Mei adalah disebabkan syarikat telah menaikkan jumlah pengeluaran untuk mengejar permintaan pasaran.

“Sama seperti semua jenama lain dalam industri automotif, kami masih berusaha untuk mendapatkan bekalan komponen supaya boleh memenuhi tempahan yang tertunggak.,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat