Red Bull Akan Hasilkan Hypercar Berkuasa 1,100BHP! Kereta Lumba F1 Sebagai Inspirasi

Red Bull baru-baru ini mengumumkan projek hypercar hibrid pertama mereka, projek RB17. Pembangunan RB17 diketuai oleh CTO Oracle Red Bull Racing dan Red Bull Advanced Technologies, Adrian Newey.
Menurut syarikat Red Bull, RB17 akan dihasilkan dengan inspirasi daripada kereta lumba F1.

Khabarnya, hypercar yang bakal dikeluarkan ini bukanlah sebuah model yang boleh digunakan di atas jalan raya tetapi untuk kegunaan trek.
“RB17 menandakan pencapaian penting dalam evolusi Red Bull Advanced Technologies yang kini berkebolehan untuk menghasilkan dan mengeluarkan kereta pengeluaran bersiri di Red Bull Technology Campus,” ujar Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner.
Dikuasakan oleh enjin hibrid V8, kuasanya dikatakan mampu mencapai 1,100 bhp. Hypercar yang dihasilkan terhad sebanyak 50 unit ini dijual pada harga bermula daripada £5 juta (RM 26.76 juta).
Dengan harga tersebut, pembeli bukan sekadar menerima hypercar versi terhad ini, tetapi juga banyak lagi kelebihan lain yang ditawarkan oleh pasukan Red Bull Racing seperti akses kepada simulator, pembangunan kenderaan, latihan atas trek, dan pengalaman eksklusif lain. Pembeli juga akan menerima servis dan penyelenggaran secara terus daripada kilang Red Bull sendiri.
Pengeluaran model ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2025. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Red Bull.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat