Sean Wotherspoon Cipta Kelainan Pada Porshe Taycan Turismo
Sebut sahaja nama Sean Wotherspoon, mungkin peminat kasut sneakers Nike mengenali susuk tubuh ini. ]
![]()
Wotherspoon merupakan pereka Sneakers Nike Paling Hype untuk 2018.
Kebanyakan idea dan hasil sentuhannya mendapat perhatian di seluruh dunia.
Kali ini, beliau menggemparkan dunia automotif apabila menghasilkan Taycan 4 Cross Turismo menerusi hasil sentuhannya sendiri.

Menjengah bahagian luarannya, ia dicat dengan gayaan trend blok warna.

Kali ini, buat julung kalinya Porsche mendedahkan bahagian dalaman kereta ini yang dihiasi dengan warna-warna meriah seperti Nash Blue, Sean Peach, Loretta Purple dan Ashley Green.
Material Cork dihiasi pada papan pemuka , stereng, konsol tengah.

Kesemua bahagian ini mencipta satu kelainan memandangkan ia digandingkan dengan warna-warna yang kontra.
Di bahagian siling, tempat duduk, dan pelindung matahari pula dibaluti dengan Atacama Beige.

Wotherspoon dikatakan mahu menghasilkan ruang kabin yang bebas kulit.
Pendek kata, ia adalah satu pilihan yang boleh dipilih oleh pelanggan Taycan.
Gaya Blok Warna Menyerlah
Hasil karya seni itu dipersembahkan oleh Wotherspoon sendiri melalui saluran Instagram Porsche.
Wotherspoon turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab secara langsung.

“Apabila saya melihat sesuatu, saya memeriksa bagaimana saya boleh mengubahnya dan menaikkan ke satu tahap baharu.
Tidak kira sama ada saya bekerja untuk sneaker atau reka bentuk kereta, satu proses kerja, atau bahan baharu. Invoasi memacu saya dan dari mula lagi bahan-bahan unik digunakan oleh Porsche memang menarik minat saya,” katanya.
Apa kata Porsche
Ketua Pegawai Pemasaran Porsche, Robert Ader berkata, bermula dari sejarah 356 milik Janis Joplin pada 1960an sehinggalah 911 RSR oleh Richard Phillips pada 2019 sekali gus membuktikan senarai kereta seni Porsche yang ikonik sudah cukup panjang.
“Kereta seni begitu sesuai dengan Porsche. Kerja-kerja kreatif dengan artis memberi inspirasi dan motivasi kepada kami untuk terus membina jenama ini tanpa mengubah prinsipnya,” katanya.

Untuk makluman, Teknologi virtual reality (VR) juga digunakan untuk mencuba dan membincangkan pilihan-pilihan warna pada kereta model.
Wotherspoon telah memperkemaskan lagi beberapa elemen dari Porsche Exclusive Manufaktur.
Antaranya:
• Rim Cross Turismo Design 21-inci
• Penutup penggilap cermin belakang berwarna hitam
• Tertera tulissan PORSCHE di belakang berwarna hitam
Apapun, tidak dinafikan hasil karya Wotherspoon sememangnya mempunyai kelainan dan cukup unik!
Apa pula pandangan anda? Kongsikan di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Porsche Sambut Pengeluaran Taycan Yang Ke-100,000, Tahniah!
Porsche meraikan pengeluaran unit Taycan yang ke-100,000 baru-baru ini.
09-11-2022
Porsche Taycan Terkini: Canggih & Boleh Ditempah Dalam Apa Sahaja Warna Diinginkan!
Porsche Taycan dan Taycan Cross Turismo generasi terbaharu dikatakan telah ditambah baik dalam pelbagai aspek.
05-11-2021
Jentera Ini Dilancarkan Di Malaysia Baru-Baru Ini
Sime Darby Auto Performance (SDAP) tayang kenderaan elektrik Cross Utiliti Sukan (CUV), Taycan Cross Turismo.
14-10-2021
Kelima-lima negara itu memiliki iklim yang berbeza.
Jentera ini melakukan pandu uji di UK, Norway, AS, Eropah dan Jerman.
26-03-2021
Berita Terkini
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge