BMW Mahu Memperkukuh Tenaga Kerja EV
BMW Group Malaysia kini mahu meningkatkan kemahiran juruteknik kenderaan elektrik dengan menyediakan program Persijilan Pakar Voltan Tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Untuk makluman anda, Pakar Voltan Tinggi BMW merupakan kakitangan berkemahiran khusus yang akan berurusan dengan kenderaan elektrik BMW di peringkat yang tertinggi.

Program tersebut memperakui Pakar Voltan Tinggi BMW sekali gus membolehkan khidmat servis dan pembaikan kenderaan BMW i yang tercanggih ditawarkan di seluruh dunia.
Untuk menjadi Pakar Voltan Tinggi BMW, individu berkenaan haruslah diperakui sebagai Juruteknik Voltan Tinggi BMW terlebih dahulu dimana mereka perlu melalui proses prapemilihan.

Ia terdiri daripada penilaian ilmu pengetahuan serta temu duga. Individu tersebut juga harus mendapatkan sijil pertolongan cemas dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
Kemudian, mereka akan menjalani latihan intensif selama 15 hari, dan harus lulus dua ujian teori serta empat ujian praktikal untukmara ke peringkat yang seterusnya.
Ia turut disusuli dengan ujian teori yang terakhir serta demonstrasi praktikal melibatkan operasi voltan tinggi untuk memperoleh sijil tersebut dalam tempoh 10 hari.
Program ini sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kemajuan mobiliti elektro sejak barisan kenderaan BMW i terbaharu yang dilancarkan pada awal tahun ini.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya yakin kereta elektrik adalah masa hadapan bidang automotif.
“Sejak pertama kali kami melancarkan BMW i pada tahun 2015, kami sudah membayangkan Malaysia akan menerima sepenuhnya kenderaan elektrik dan akan berusaha untuk mencapai visi ini.
“Kami memahami cabaran yang terpaksa dihadapi rakyat terutama isu jarak pemanduan EV. Oleh itu, kami sedang berusahan untuk memperluaskan infrastruktur EV di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.
-full.jpg)
Pada masa yang sama, ujarnya, aspek servis dan pembaikan juga wajar diberi perhatian bagi memastikan pengguna BMW berlapang dada untuk memiliki kenderaan elektrik BMW.
Justeru, keperluan para pakar yang layak dalam bidang Mobiliti Elektrik dengan sokongan jaringan pusat pengedaran adalah penting sebagai persiapan kepada pengelektrifikasian dan pengenalan BMW i di Malaysia.
“Kami kekal komited untuk membangunkan lebih ramai bakat-bakat tempatan,” ujarnya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat