EV Wuling Air: Spesifikasi Dan Harga Pasaran Indonesia Didedahkan, Bermula Dari RM74K

Pengeluar kereta China, Wuling, baru-baru ini telah mendedahkan harga bagi kenderaan elektrik (EV) yang dikeluarkan untuk pasaran Indonesia. Model yang boleh ditempah melalui pengedar rasmi dan juga laman web rasmi Wuling serta rakan e-dagangnya, Blibli, ini dikhabarkan bermula dari harga 250 juta rupiah (RM74,068) bagi varian 18 kWh hingga 300 juta rupiah (RM88,694) bagi varian dengan bateri 27 kWh.
Autonetmagz mendedahkan, harga yang dinyatakan tersebut walau bagaimanapun akan disahkan pada suku keempat tahun ini.
Prestasi EV Wuling Air

EV Wuling Air ini akan ditawarkan dalam dua versi varian dengan bateri 18 kWh dengan output kuasa 31 kW (40.4 hp) yang boleh bergerak sejauh 200 km sekali cas dan juga varian dengan bateri 27 kWh yang memiliki output kuasa 50 kW (67 hp) yang boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 300 km.
Bahagian Luar EV Wuling Air

Berdasarkan spesifikasi yang dikongsikan oleh kementerian industri dan teknologi maklumat China, model ini berukuran 2,974 mm panjang, 1,505 mm lebar dan 1,631 mm tinggi dengan jarak roda 2,010 mm. Ia menggunakan roda berdiameter 12 inci.
Lima warna ditawarkan untuk pasaran Indonesia, iaitu merah jambu pic, putih murni, biru galaksi, hijau avokado dan kuning lemon.
Kabin EV Wuling Air
Bergerak ke bahagian kabin kereta, model ini menggunakan dwi-skrin yang bersaiz 10.25 inci, lengkap dengan sistem arahan suara Wuling yang menyokong bahasa Indonesia dan juga kebolehan sambungan internet. Kereta menggunakan pemilih gear jenis rotari bagi memaksimumkan ruang dalam kabin yang kompak.
EV Wuling Air memiliki empat tempat duduk yang dibalut kulit sintetik. Tempat duduknya boleh dilipat pada nisbah 50:50.
Kereta turut didatangkan secara standard dengan brek parkir elektrik dan ciri pegun kenderaan automatik.
Pengeluaran EV Wuling Air
EV ini bakal dihasilkan di kilang Wuling yang bertempat di Cikarang, Bekasi, Jawa Barat, Indonesia untuk mendapatkan manfaat insentif daripada kerajaan Indonesia sebagai kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20
27-06-2023
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!
20-06-2023
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat