- Berita
- Berita Auto
- Ford Ranger Generasi Baharu Bakal Tiba Di Malaysia! Ini Caranya Untuk Jadi Yang Terawal Lihat Model Ini
Ford Ranger Generasi Baharu Bakal Tiba Di Malaysia! Ini Caranya Untuk Jadi Yang Terawal Lihat Model Ini

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan Ranger generasi baharu yang dinanti-nantikan ramai akan mula dipasarkan pada hujung bulan ini.
Keluaran kali ini diberikan sentuhan baharu, tampil dengan ciri luaran yang lebih menonjol berserta kabin yang lebih selesa dan canggih. Kabin Ford Ranger yang bakal tiba di bilik pameran tidak lama lagi ini lengkap dengan pelbagai teknologi terkini dan ciri keselamatan untuk memastikan ketenangan dan keselesaan pengguna ketika menempuh laluan yang mencabar.
Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, berkata, pelanggan Ranger terdiri daripada mereka yang sukakan cabaran dan menghargai kualiti hidup yang menyeluruh.

“Ranger generasi baharu ini ialah kenderaan yang diperlukan pelanggan-pelanggan ini untuk Hidup Gaya Ranger (Live the Ranger Life) – bagi menguasai pekerjaan, meneroka tempat yang mereka suka tanpa rasa takut dan mengukuhkan hubungan dengan keluarga, komuniti dan individu lain yang berfikiran sama,” ujarnya.
SDAC kini sedang bersedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baharu ini di lima wilayah seluruh negara – tengah, utara, selatan dan Sabah serta Sarawak.
Kembara Ranger ini akan diadakan pada lima hujung minggu bermula dengan acara pengenalan utama yang akan diadakan pada 22 Julai ini.
Kembara akan bermula di Lembah Klang antara 22-24 Julai, Pulau Pinang dari 3-7 Ogos, Johor Baharu dari 10-14 Ogos, Kuching dari 7-11 September dan Kota Kinabalu dari 5-9 Oktober.
Orang ramai yang ingin menjadi antara golongan terawal mendekati model Ranger terbaharu ini boleh melakukan pendaftaran melalui laman “Keep Me Informed” SDAC Ford untuk mendapatkan jemputan eksklusif bagi mengikuti kembara ini.
Maklumat lanjut tentang Ranger generasi terbaru, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube atau layari sdacford.com.my.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



