[FOTO] Ambulans Bawa Pesakit Terbalik Dilanggar Kereta

Sebuah ambulans yang membawa pesakit terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang dipandu oleh jururawat di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang, Batu Gajah semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.35 petang itu, ambulans milik sebuah syarikat swasta tersebut terbalik kesan daripada pelanggaran sehingga menyebabkan pesakit yang merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di sini mengalami kecederaan di pinggul kiri.

Sementara itu, pemandu ambulans tersebut yang berusia 28 tahun cedera di bahu kanan, penolong pegawai perubatan yang berusia 30 tahun lebam di muka dan bahu serta pembantu perubatan wanita berusia 39 tahun luka di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, berdasarkan siasatan awal, ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad menuju ke Hospital Batu Gajah.
“Tiba di tempat kejadian, ambulans terbabit telah dilanggar di bahagian tengah sebelah kiri oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah Seri Iskandar yang tidak memberikan laluan.
“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan tiga penumpang ambulans termasuk seorang pesakit mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
“Bagaimanapun penumpang hadapan kereta iaitu wanita warga emas berusia 77 tahun mengalami luka di bahagian pipi, mulut dan kaki kanan,” katanya.

Pesakit ambulans dan warga emas tersebut telah dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk menerima rawatan.

Kesemua kenderaan yang terlibat dalam tragedi ini ditahan untuk melalui proses pemeriksaan di Puspakom.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber foto: Faceboon Viral Perak
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat
F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.
02-10-2026
Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000
JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.
02-10-2026
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge