ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kenderaan Melonjak 33 Peratus Separuh Pertama Tahun Ini – MAA

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad (Foto: The Star)


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengumumkan jualan kereta baharu melonjak naik sehingga 33 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2021 dengan peningkatan sebanyak 82,208 unit. 


Jumlah keseluruhan industri (TIV) yang didaftarkan pada separuh pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Jun 2022 ialah 331,386 unit berbanding 249,178 unit tahun lalu. 


Antara faktor yang menyumbang kepada perbezaan ketara antara separuh pertama tahun ini dan tahun lalu adalah impak daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.


Terjual seperti 'pisang goreng panas', tempoh menunggu untuk mendapatkan HR-V baharu adalah lebih daripada 12 bulan


Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata, "Kenderaan penumpang menyumbang 293,540 unit, manakala baki 37,846 unit lagi disumbangkan oleh kenderaan komersial.”


Perbandingan antara TIV separuh pertama 2022 dan 2021


TIV yang tertinggi dicatatkan pada bulan Mac 2022 merupakan yang tertinggi dalam sejarah industri automotif negara dengan 73,244 unit kenderaan baharu didaftarkan. Salah satu faktor peningkatan adalah kerana tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2022 yang menyebabkan syarikat pengeluar mempercepatkan penyerahan.


MAA turut menyemak naik unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) kenderaan daripada 600,000 yang ditetapkan awal tahun ini kepada 630,000 unit, 30,000 unit lebih tinggi daripada sasaran awal. 


Sejak tempahan Perodua Alza dibuka pada 23 Jun lepas dan hingga kini, lebih daripada 30,000 tempahan diterima, tertinggi dalam sejarah Perodua


Menurut Datuk Aishah, semakan naik TIV ini dilakukan berdasarkan jangkaan pemulihan ekonomi negara yang menunjukkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. 


"Pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan kesan buruk COVID-19 dan memulihkan aktiviti ekonomi sangat membantu,” katanya. 


Inisiatif dalam Bajet 2022, limpahan daripada Bajet 2021, pakej rangsangan dan bantuan yang pernah ditawarkan sebelum ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara pada separuh kedua tahun ini.


"Bagi industri automotif, walaupun tempoh cuti cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk pembeli kereta menikmati pengecualian yang sudah berakhir, ahli MAA berbesar hati kerana kerajaan berkuasa telah melanjutkan tempoh manfaat pengecualian dengan pendaftaran kenderaan sebelum 31 Mac 2023 apabila menempah sehingga 30 Jun lalu.


"Langkah ini sememangnya positif kerana ia akan membantu industri automotif memenuhi tempahan yang tertunggak dan pada masa yang sama membolehkan rakyat menikmati kereta harga yang lebih rendah," katanya.


Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Baca: Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-05-2026
Berita Auto

24-09-2025
Berita Auto

16-07-2025
Berita Auto

27-02-2025
Berita Auto

13-12-2024
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024
Berita Auto

19-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.