ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kajian Dedahkan 71 Peratus Mereka Yang Pernah Menaiki EV Tertarik Untuk Beli

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan di Amerika berkenaan penggunaan kenderaan elektrik (EV), didapati bahawa terdapat peningkatan positif terhadap keinginan untuk menggunakan EV yang meningkat daripada 4 peratus pada tahun 2020 kepada 14 peratus baru-baru ini.

 

Apa Yang Membawa Kepada Peningkatan Responden Yang Berminat Menggunakan EV?


Kajian mendedahkan salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi keinginan seseorang untuk memiliki sebuah kereta elektrik adalah kerana mereka pernah merasai pengalaman menggunakan EV sendiri.


71 peratus daripada jumlah responden yang terlibat menyatakan keinginan untuk mendapatkan sebuah EV dan bilangan ini turut merangkumi 35 peratus responden yang "mungkin" ingin mendapatkan EV. Sementara 28 peratus daripada mereka yang terlibat dalam kajian ini pula tidak berminat untuk membeli EV.




Hampir separuh daripada mereka yang "pasti" membeli atau menyewa sebuah EV adalah daripada golongan mereka yang memiliki kawan, saudara atau rakan kerja yang menggunakan EV. Bagi golongan yang tidak berminat membeli pula, hanya 13 peratus sahaja yang mengenali individu lain yang menggunakan EV.]


Kajian turut mendapati, 71 peratus pengguna yang mengatakan mereka "pasti" akan membeli EV pernah melihat seseorang daripada kawasan kejiranan mereka menggunakan EV dan hanya 21 peratus sahaja yang masih tidak berminat.  Secara keseluruhannya, 44 peratus responden mengatakan bahawa mereka telah melihat EV digunakan di kawasan kejiranan masing-masing.

 

Mereka yang pernah menaiki sendiri EV sebagai penumpang juga secara majoritiynya mula tertarik untuk membeli EV berbanding mereka yang tidak pernah mencuba.

 

Pengalaman Sendiri Penting Untuk 'Memancing' Orang Ramai Membeli EV



 

Pembantu Profesor Pemasaran di Texas Tech University, Deidre Popovich berkata, pengalaman sebenar cukup penting untuk barangan yang mahal seperti kereta.


Baca: 

Syarikat Ini Sediakan Servis Pengecas Pantas EV Bergerak, Cas Di Mana Sahaja!

 

"Pengalaman produk memberikan kami informasi deria yang boleh kita gunakan untuk menilai keseronokan kita," ujarnya dalam satu emel. "Ini cukup penting bagi pembelian bernilai tinggi seperti rumah dan kereta kerana supaya kita berpuas hati dengan keputusan yang dibuat?."

 

Apa Yang Syarikat Pengeluar EV Boleh Lakukan?

 

Beberapa pengeluar kenderaan seperti General Motors, Polestar dan Tesla telah banyak menjual EV mereka kepada syarikat kereta sewa supaya orang ramai dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan EV.

 

Sumber: CNN Business


Baca: 

[KAJIAN] Pemandu EV & Hibrid Lebih 'Relaks' Dari Pemandu Lain

Baca: Kajian Dedahkan Lebih 50 Peratus Pembeli Kereta Ingin Membeli EV, Ini Sebabnya...


Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD7330

SELANGOR

BSR1710

JOHOR

JYB3950

PULAU PINANG

PSD3423

PERAK

APJ4267

PAHANG

CFG8759

KEDAH

KGG6703

NEGERI SEMBILAN

NEK7426

KOTA KINABALU

SJS5734

KUCHING

QAB632P

Terakhir Kemas Kini 27 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.