Kia Carnival 2022 - 7-8 Tempat Duduk, Ada 3 Varian

Setelah beberapa teaser dikongsikan sejak beberapa minggu lalu, model Grand Utility Vehicle (GUV) Kia Carnival 2022 CKD (pemasangan tempatan) akhirnya dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang semalam.



Terdapat tiga varian:
• 2.2D - 8 Tempat Duduk - RM231,229
• 2.2D (High) – 8 Tempat Duduk - RM247,229
• 2.2D (High) – 7 Tempat Duduk -RM261,229

Sama seperti Kia Carnival CBU, ketiga-tiga varian ini masih menggunakan enjin diesel turbo 2.2 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
Jentera ini mampu menghamburkan kuasa 199hp pada 3,800 rpm dan tork 440Nm pada 1,750-2,750rpm.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai perbezaan Kia Carnival CBU dengan CKD?



Sudah pastinya model CKD terbaharu ini ditawarkan dalam konfigurasi tujuh atau lapan tempat duduk.
Antara ciri standard yang dipasang pada Kia Carnival CKD:
• Lampu kombinasi belakang LED
• Sistem audio BOSE
• 12 unit pembesar suara
• Rim aloi bersaiz 18 inci
• Lampu utama LED berkembar
• Lampu nyalaan siang LED
• Skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci
• Ada Apple CarPlay dan Android Auto
• Sokongan pengecasan tanpa wayar
• 7 slot USB

CIRI KESELAMATAN:
• Bantuan Suluh Tinggi (HBA)
• Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW)
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
• Sistem Pemantauan Titik Buta (BVM)
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang (RCCA)
• Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
• Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
• Bantuan Mengikut Lorong (LFA)
• Kawalan Jelajah Pintar (SCC)

Untuk info, varian tujuh tempat duduk pula didatangkan dengan kerusi Premium Relaxation dan barisan kedua pula disediakan dengan Kerusi Kapten.
Kia Carnival 2022 CKD ini merupakan model pertama pemasangan tempatan di Kilang Inokom Assembly, Kulim, Kedah.
Terdapat lima pilihan warna:
• Astra Blue, Sonic Silver
• Jet Black
• Snowflake
• White Pearl
• Meteor Gray
Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta didatangkan dengan pakej ePnyelenggaraan.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat