Honda HR-V 2022 Telah Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM114K!
-full_normal.jpg)

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda HR-V 2022 sebentar tadi. Empat varian ditawarkan iaitu Gred S (varian tanpa turbo), Gred E dan V (varian dengan turbo) serta varian yang menggunakan sistem hibrid, RS e:HEV. Harga bermula daripada RM114,800 ke RM140,800, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
PRESTASI HONDA HR-V 2022

Varian terendah Honda HR-V 2022, S, dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aspirasi natural 1.5L DOHC i-VTEC dengan output 119hp/145Nm. Kuasa disalurkan kepada dua roda hadapan dengan transmisi CVT. Varian ini didatangkan mod pemanduan Econ dan Normal. Ia turut dilengkapi dengan fungsi brek parkir elektronik dan brek pegun automatik. Perincian untuk varian lain dijelaskan di bawah.

Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:
-Enjin turbo DOHC VTEC 1.5L
-Petrol empat silinder berpengecas turbo 1,498 cc
-Output kuasa 175hp/240Nm
-Pedal penukar gear stereng
-Mod pemanduan Econ, Normal, Sport
Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:
-Stereng nisbah pemboleh ubah
Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:
-Enjin DOHC i-VTEC 1.5L
-Petrol empat silinder kitaran Atkinson aspirasi natural 1,498 cc
-Output kuasa 104hp/127Nm
-Motor pacuan elektrik hadapan
-Output kuasa 129hp/253Nm
-Transmisi satu kelajuan dengan klac lock-up
BAHAGIAN LUAR HONDA HR-V 2022

Didatangkan secara standard ialah lampu depan reflektor LED automatik, lampu belakang kombinasi LED, gril bar berwarna hitam berkilat, kemasan bawah berwarna hitam berkilat dan roda aloi dua warna enam jejari bersaiz 17 inci. Perincian untuk varian lebih tinggi dikongsikan di bawah.
Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:
-Lampu kabus depan LED
-Gril bercorak dam berwarna hitam berkilat
-Bodykit depan dan belakang
-Roda aloi berwarna kelabu enam jejari 17 inci
-Ekzos berkembar
-Penghidup enjin jarak jauh

Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:
-Isyarat pusingan LED berjujukan
-Roda aloi berwarna kelabu 10 jejari 18 inci
Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:

-Ambang tepi berwarna krom
-Bampar hitam berkilat dengan krom
-Gril depan krom yang sporty
BAHAGIAN DALAM HONDA HR-V 2022


Bergerak ke bahagian dalam, Honda HR-V 2022 didatangkan secara standard dengan tempat duduk dalam balutan fabrik hitam, dengan nisbah lipatan 60:40 untuk tempat duduk belakang beserta fungsi Ultra Seat. Sterengnya lengkap dengan butang kawalan pelbagai fungsi dan boleh dilaraskan secara teleskopik dan boleh condong.

Dari segi teknologi, kereta menggunakan kluster instrumen analog dengan paparan pelbagai info, sistem infotainmen 2-DIN berskrin sentuh lapan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, empat speaker dan 2 port USB depan.
Untuk keselesaan, kereta dilengkapkan dengan kawalan iklim automatik zon tunggal, push-button start, empat sensor parkir belakang dan kamera undur. Perincian untuk varian lebih tinggi dikongsikan di bawah.
Honda HR-V 1.5 Turbo E memiliki/ditambah dengan:
-Kemasan papan pemuka berwarna perak
-Kluster instrumen separa digital dengan paparan bersaiz 7 inci
-Tempat letak tangan di bahagian tengah belakang
-2 port usb belakang
Honda HR-V 1.5 Turbo V memiliki/ditambah dengan:
-Stereng/tombol gear balutan kulit
-Tempat duduk balutan kulit berwarna hitam
-Tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik kepada 8 arah
-8 speaker
-Servis jarak jauh Honda Connect
Honda HR-V 1.5 Turbo RS memiliki/ditambah dengan:
-Pengelap tingkap automatik
-Kawalan iklim automatik dua zon
-Kit pembaikan tayar
-Bukaan pintu belakang secara automatik (bebas tangan)
CIRI KESELAMATAN HONDA HR-V 2022

HR-V 2022 didatangkan secara standard dengan pakej Honda Sensing yang termasuk brek kecemasan autonomi, kawalan jelajah adaptif dengan fungsi henti dan mula (Low Speed Follow), bantuan pemusatan lorong, bantuan kekal lorong dan lampu tinggi automatik. Kesemua model turut menerima fungsi peringatan untuk tempat duduk belakang, serta kawalan turun bukit, empat sensor undur dan sebuah kamera sensor.
Kamera titik buta LaneWatch hanya disediakan untuk varian V dan RS sahaja.
HARGA HONDA HR-V 2022

Honda HR-V 2022 ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Crystal Black Pearl. Harga bagi 1.5L S ialah RM114,800, 1.5L E ialah RM129,800, 1.5L V ialah RM134,800 dan varian tertinggi, 1.5L e:HEV RS ialah RM140,800 dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM2064
SELANGOR
BST1341
JOHOR
JC8499J
PULAU PINANG
PSE9405
PERAK
APK8506
PAHANG
CFH5140
KEDAH
KGH6648
NEGERI SEMBILAN
NEL5296
KOTA KINABALU
SJT6377
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat