Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah melancarkan Perodua Alza 2022 serba baharu sebentar tadi dalam sebuah majlis yang diadakan di KLCC. Sebanyak tiga varian ditawarkan iaitu X, H dan AV. Model ini ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM 62,500.00, harga bagi Semenanjung Malaysia dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
Untuk pengetahuan pembaca, tempahan telah pun dibuka sejak bulan lepas (23 Jun) dan hingga kini, lebih daripada 30,000 tempahan diterima, tertinggi dalam sejarah Perodua.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Zainal Abidin Ahmad berkata, "Pencapaian ini adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana pelanggan ingin mendapatkan manfaat daripada inisiatif pengecualian cukai jualan yang berakhir pada 30 Jun 2022, 15 peratus daripada lebih 200,000 tempahan yang diterima merupakan model serba baharu ini."
PRESTASI PERODUA ALZA 2022

Kesemua varian Perodua Alza 2022 serba baharu dikuasakan oleh enjin empat sebaris aspirasi natural Dual VVT-i 1.5L dengan output 101hp/136Nm. Kuasa disalurkan kepada roda depan kereta dengan transmisi pemboleh ubah berterusan dwi-mod (D-CVT). Kadar penggunaan bahan apinya ialah 22.0KM/L dengan sistem Eco idle.

Varian lebih tinggi iaitu H dan AV dilengkapkan dengan pilihan mod pemanduan Eco, Normal dan Power. Varian AV juga lengkap dengan sistem Auto Brake Hold untuk pemanduan yang lebih relaks ketika tersekat di dalam kesesakan.
BAHAGIAN LUAR PERODUA ALZA 2022

Dari segi dimensi, MPV segmen-B tujuh tempat duduk ini tampil lebih luas berbanding keluaran sebelum ini dengan kepanjangan 4,425 mm (lebih 205 mm daripada Alza lama), kelebaran 1,730 mm (lebih 35 mm), ketinggian 1,670 mm bagi varian AV, H / 1,660 bagi varian X (lebih 40-50 mm). Dari segi kelengkapan, Alza 2022 dilengkapi dengan roda aloi bersaiz 15 inci serta tayar bersaiz 185/65 R15. Varian lebih tinggi pula menggunakan roda aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 195/60 R16.
Baca: Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!
Secara standard, kereta dilengkapkan dengan spoiler bumbung dan menggunakan lampu depan LED dengan fungsi Follow-me-home dan Leaving Home.Varian H dan AV ditambah dengan lampu kabus depan LED dan juga fungsi lampu depan yang boleh dibuka dan ditutup automatik serta isyarat pusingan berjujukan yang membuatkan kereta kelihatan lebih eksklusif.
Terdapat lima pilihan warna ditawarkan iaitu Glittering Silver, Ivory White (Solid), yang termasuk tiga warna baharu, Vintage Brown*, Elegant Black dan Garnet Red*.
*Hanya untuk varian H dan AV sahaja.
BAHAGIAN DALAM PERODUA ALZA 2022

Bergerak ke bahagian dalam kereta, varian X dan H menggunakan tempat duduk dalam balutan fabrik, manakala AV pula balutan separa kulit (dua warna)
Buat pertama kalinya, barisan kedua kereta terdapat tempat rehat lengan untuk keselesaan terutamanya bagi perjalanan jauh. Selain itu, Alza kali ini dilengkapi dengan penyejuk udara belakang dan juga ciri penghidup enjin dan kemasukan tanpa kunci.


Dari segi teknologi, varian X menggunakan kluster instrumen paparan pelbagai info bersaiz 4.2 inci. Varian lebih tinggi, H dan AV dilengkapi kluster instrumen lebih besar bersaiz 7 inci dengan sistem infotainmen bersaiz 9 inci.

Mengenai ruang simpanannya, ruang kargo Alza kali ini lebih luas (apabila tempat duduk barisan ketiga dilipat) dengan kapasiti 498L berbanding 348L, lebih 150L. Tanpa dilipat, kapasiti simpanan ialah 137L berbanding 83L sebelum ini.
CIRI KESELAMATAN PERODUA ALZA 2022
Perodua Alza 2022 didatangkan secara standard dengan ciri-ciri yang terdapat pada Varian X:
-Pengelak keluar lorong (LDP)
-Amaran keluar lorong (LDW)
-Lampu suluh tinggi automatik (AHB)
-ASA 3.0
-6 beg udara
-ABS dengan EBD dan BA
-HHA, VSC
-Cangkuk tempat duduk kanak-kanak ISOFIX
Varian H ditambah dengan ciri berikut:
-Lampu suluh pemanduan adaptif (ADB)
-Sensor parkir depan dan belakang

Pemantau pandangan panoramik 360 Darjah dalam varian AV
Varian AV ditambah dengan ciri berikut:
-Pemantau pandangan panoramik 360 Darjah
-Kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti, pegun/mula
-Kawalan kekal lorong (LKC)
-Pemantau titik buta (BSM)
-Amaran lintasan trafik belakang (RCTA) + DVR depan

DVR depan varian AV
HARGA PERODUA ALZA 2022

Seperti yang dikatakan pada awal artikel, tiga varian ditawarkan iaitu X pada harga RM62,500, H pada harga RM68,000 dan AV pada harga RM75,500. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung Malaysia dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans.
Baca: Perhatian! Alza Baharu Sudah Boleh Ditempah Sekarang!
Baca: Alza 2022 Lebih Luas, Lebih Canggih, Harga Pun Boleh Tahan!
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPW9761
SELANGOR
BSJ7043
JOHOR
JYK2074
PULAU PINANG
PRV2389
PERAK
APC1250
PAHANG
CFD8776
KEDAH
KGC7518
NEGERI SEMBILAN
NEH4671
KOTA KINABALU
SJN3848
KUCHING
QAB4202M
Terakhir Kemas Kini 29 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.14
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.89
-0.04
EURO 5 B7
RM 3.09
-0.04
Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2025
Berita Terkini
GAC M8 PHEV Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 1,038 KM, Dari RM328,800
Segmen MPV mewah di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan rasmi GAC M8 PHEV.
27-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Tempahan smart #5 Sudah Dibuka, Bayaran Tempahan Cuma RM2,000, Ada 2 Varian
smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk smart #5 kini dibuka
21-10-2025
Jenama "Lepas" Pula Masuk Malaysia Pada Tahun Depan
Chery mengesahkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan jenama baharunya, Lepas, pada tahun depan.
21-10-2025
Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian
Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
20-10-2025
Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!
Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT.
14-10-2025
VW Golf GTI Sepang Edition Dilancarkan – Unit Terhad, Dari RM262,990
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan edisi istimewa bagi Volkswagen Golf GTI.
08-10-2025
Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!
Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.
05-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
