ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

50 Kenderaan Mewah Dirampas Kastam! Nilai Cecah RM11.4 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad dengan Mustang GT yang dirampas (Foto: Zulfadhli Zaki)


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sejumlah 50 kenderaan mewah termasuk sembilan motosikal berkuasa tinggi dengan nilai keseluruhan yang mencecah RM11.4 juta, termasuk cukai import yang belum dijelaskan. 


Kenderaan import tersebut dirampas dalam Ops Bearing yang bermula dari 15 Ogos lepas, hasil kerjasama Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuala Lumpur, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 


Kastam dengan Ford GT40 (Foto: Bernama)

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Mohammad Sabri Saad, operasi ini diadakan untuk mengesan pihak atau individu yang lari daripada membayar cukai import. 


Sekiranya cukai kenderaan yang dibawa masuk ke dalam negara tidak dibayar, negara akan mengalami kerugian yang tinggi. 


Volkswagen Combi yang dirampas (Foto: Bernama)


“Sebanyak 45 kenderaan import dikesan dan dirampas di zon bebas Pelabuhan Klang ini manakala selebihnya lima lagi dirampas di sekitar daerah ini.


“Antara dirampas termasuk kereta jenis Mustang GT, Ford GT40, Mini Cooper Clubman, KTM Adventure 1,290, Honda CB1,100 dan Harley Davidson XL1,200X,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam di sini, hari ini.


Antara motosikal berkuasa tinggi yang dirampas (Foto: Bernama)


Tambahnya, kenderaan yang dirampas datang daripada pelbagai negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom serta Sweden.


“Siasatan awal mendapati ada kenderaan import ini dibawa masuk oleh para pelajar antarabangsa yang baru mendaftar di institut pengajian tinggi awam.


“Mereka tidak tahu bahawa ia menjadi kesalahan sekiranya membawa kereta import tanpa mempunyai permit import terdahulu. Namun, kita tidak berkompromi dengan alasan tersebut,” ujarnya.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1957 kerana cubaan mengimport barangan tidak berkastam.


Sumber: Kosmo, Bernama


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF5658

SELANGOR

BSR5062

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6757

PERAK

APJ7309

PAHANG

CFH1267

KEDAH

KGG9522

NEGERI SEMBILAN

NEK8723

KOTA KINABALU

SJS9761

KUCHING

QAB1761P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-05-2024
Berita Auto

24-08-2021
Berita Auto

Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!

ada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.

21-06-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.

10-07-2026
Berita Auto

Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi

Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.

10-07-2026
Berita Auto

Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.

09-07-2026
Berita Auto

Penangan Ayam Hutan, Cermin Van Pun Boleh Pecah

Mujur, pemandu tidak terbabas.

09-07-2026
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun

Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.

08-07-2026
Berita Auto

Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%

Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.

08-07-2026
Berita Auto

Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI

Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.

08-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.