MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888

MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE sempena acara ‘The New MINI Family’ yang bakal berlangsung esok di JioSpace, PJ. Model ini ditawarkan di pasaran bermula daripada harga RM193,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. Apa yang menarik tentang model elektrik bergaya retro ini? Teruskan membaca.
CIRI TRENKUASA & MEKANIKAL MINI COOPER SE 2024

MINI Cooper SE baharu menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan menghasilkan 218 hp (160 kw) dan tork 330 Nm, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 170 km/j.
Motornya dikuasakan oleh bateri berkapasiti 54.2 kWj dengan kemampuan untuk dicas melalui pengecas AC 11 kW dan DC 95kW. Menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil untuk dicas daripada 10-80% kurang daripada 30 minit. Dengan cas penuh, model ini boleh mencapai jarak EV sehingga 387-402 km.
Dengan jarak antara roda dan kelebaran trek badan dipertingkat (31 mm lebih panjang berbanding versi petrol) untuk memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik, spring dan peredam juga diberikan talaan semula untuk meningkatkan ‘kelincahan’ pengendaliannya. Model ini turut didatangkan dengan mod ‘Go-Kart’ untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.
REKA BENTUK MINI COOPER SE 2024



Dari segi dimensi model ini berukuran 3,858 mm panjang, 1,756 mm lebar dan 1,460 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,526 mm. Berat bersihnya pula 1,605 kg.



Sebagai versi elektrik, model ini diberikan sentuhan rekaan yang minimal yang memberikannya aura futuristik, namun masih mengekalkan elemen retro ikonik sebuah MINI Cooper. Model ini tidak memiliki kemasan lengkungan roda dan side scuttle. Di bahagian lain, ia diberikan gril hadapan oktagon baharu, pemegang pintu yang terbenam, rim aluminum 18 inci Night Flash 2 tona. Model ini diberikan warna aksen baharu, Vibrant Silver.
KABIN MINI COOPER SE 2024



Bergerak masuk ke bahagian dalam Cooper SE 2024, didatangkan standard dengan tema kemasan Favoured yang menggunakan stereng tiga jejari dalam balutan kulit sintektik Vescin, tekstil jahitan 3D dengan bercorak houndstooth yang elegan dalam warna Kelabu/Beige. Model ini diberikan tempat duduk sporty dalam upholsteri Vescin Piping berwarna biru.

Dari segi teknologi, model ini hadir dengan paparan OLED bulat berukuran 9.2 inci yang menggunakan sistem operasi MINI 9. Kelengkapan lain ialah papar pandu (HUD) MINI dan toggle bar klasik MINI.
Model ini didatangkan dengan ‘MINI Experience Mode’ yang bukan sahaja mengubah mod pemanduan, tetapi juga ruang kabin dengan pencahayaan ambien.
CIRI KESELAMATAN MINI COOPER SE 2024

MINI Cooper SE hadir dengan pakej Driving Assistant dan Parking Assistant Plus secara standard, yang memberikan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuk fungsi ADAS seperti Amaran Penukaran Lorong, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi stereng aktif, Info Had Kelajuan, Bantuan Had Kelajuan Manual, Kawalan Jelajah dengan fungsi brek, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Pembantu Pengelakkan, Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan intervensi brek, Pencegahan Pelanggaran Belakang dan Amaran Keluar.
HARGA MINI COOPER SE 2024
Kini boleh didapati untuk tempahan, MINI Cooper SE ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM193,888. Pembelian adalah termasuk waranti standard selama 2 tahun dengan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Waranti berasingan ditawarkan untuk bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km. Pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan selama 4 tahun bernilai RM6,300. Pelanggan terawal boleh menerima MINI Wallbox secara percuma bernilai RM5,000.
Untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat, model ini dipamerkan di JioSpace, PJ, sempena acara ‘The New MINI Family' bermula esok. Turut dipamerkan ialah model versi petronalnya, MINI Cooper S serta MINI Countryman SE ALL4 dan MINI JCW Countryman ALL4 yang telah dilancarkan semasa Malaysia Auto Show pada Mei lalu.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS6208
SELANGOR
BSN8120
JOHOR
JYU2043
PULAU PINANG
PSB1538
PERAK
APG4093
PAHANG
CFG973
KEDAH
KGF1091
NEGERI SEMBILAN
NEJ9362
KOTA KINABALU
SJR2144
KUCHING
QAB5046N
Terakhir Kemas Kini 07 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
MINI Countryman S ALL4 2025 – CKD, Versi Petrol, Capai 201 HP, Dari RM259,000
MINI Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran varian petrol terbaru bagi Countryman generasi ketiga (U25) iaitu MINI Countryman S ALL4.
08-01-2025
Lebih 500 Pemilik MINI Serikan Malaysia MINI Day
Acara Malaysia MINI Day yang julung kalinya diadakan berjaya menarik penyertaan lebih 500 pemilik kereta MINI.
28-10-2024
Stesen Pengecas EV ChargeSini & MINI Malaysia di Four Seasons Place Diberi Nafas Baharu
ChargeSini bersama-sama dengan MINI Malaysia, telah melancarkan stesen pengecasan EV yang telah dinaiktaraf di The Shoppes, Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
20-09-2024
MINI Malaysia Perkenal Program MINI Impact – Program Intensif untuk Startup Teknologi
MINI Malaysia telah melancarkan Program MINI Impact oleh URBAN-X.
15-08-2024
Nak Beli MINI, Ada "Genius"Yang Akan Bantu Anda!
Buat masa ini, Mini Genius telah ditempatkan di enam pengedar MINI.
24-07-2024
Harga Rasmi MINI Cooper S & Countryman Diumumkan – Dari RM258,888
MINI Malaysia mengumumkan harga rasmi MINI Cooper S dan juga dua model Countryman generasi ketiga.
12-07-2024
MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K
Model tiga pintu MINI kali ini ditawarkan dalam versi petrol Cooper S. Ini spesifikasinya...
21-05-2024
ChargeSini Kuasakan Fasiliti Pengecasan MINI EV di Melaka
Pembekal penyelesaian pengecasan EV tempatan, ChargeSini, telah menjalinkan kerjasama dengan BMW Group Malaysia dan Seong Hoe Premium Motors.
11-05-2023
Berita Terkini
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
