Baru Guna 2 Hari… Alza 2022 Yang Pertama Kemalangan?

Kemalangan membabitkan Alza 2022 (Foto: FB Community Roda Johor)
Baru sekejap pakai, sudah kemalangan. Seorang guru terpaksa ‘berputih mata’ menahan perasaan kecewa apabila kereta Perodua Alza 2022 yang baru sahaja digunakan terlibat dalam kemalangan. Kejadian berlaku di Kilometer 36 Jalan Tampin Gemas, Jalan Kampung Sungai Dua, Tampin pada 2 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Abd. Wahab berkata, kemalangan tersebut terjadi pada kira-kira 5.55 petang membabitkan tiga buah lagi kenderaan lain iaitu Perodua Kancil, Proton Saga dan sebuah kereta Hyundai.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu Alza yang dalam perjalanan dari Gemencheh ke Bukit Jalor Air Kuning Selatan berhenti di simpang jalan Kampong Sg Dua- Air Kuning Selatan bersama-sama Perodua Kancil di belakangnya untuk memasuki simpang yang sama.

“Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.
“Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu Hyundai hilang kawalan dan melanggar Alza yang menunggu untuk membelok sehingga kemalangan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian ini, pemandu Perodua Kancil tersebut mengalami luka kecil di kepala dan menerima rawatan di Hospital Tampin.
Sumber: Kosmo!
Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik
Baca: Ini 18 Perbezaan Toyota Veloz vs Perodua Alza AV: Beza Harga 20K, Mana Lagi Berbaloi?
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
[VIDEO] Warga Asing Tiada Lesen Buat Pusingan U Secara Tiba-Tiba, 2 Beranak Jadi Mangsa
Sebuah video berdurasi 32 saat tular dalam media sosial baru-baru ini yang menunjukkan sebuah kenderaan berlanggar dengan van.
24-05-2022
Berita Terkini
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Pelancong Asing Ke Thailand Bakal Dikenakan Caj RM54
THAILAND mencadangkan bayaran 450 Baht (kira-kira RM54.56) bagi pelancong asing yang memasuki negara itu melalui udara.
08-10-2026
Valtteri Bottas Basikal 300km Dari Sepang Ke Singapura Selepas F1
Bottas tular di media sosial gara-gara redah jalan sempit di ladang kelapa sawit di Sepang, baru-baru ini.
07-10-2026
Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan Kepada Mangsa?
Kerajaan bersetuju memasukkan mekanisme pampasan atau ganti rugi kepada mangsa atau waris kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk.
07-10-2026
Kebakaran JBCC: 10 Kereta Musnah Terbakar
10 Kereta Terbakar di Parking JBCC, Ada Pengunjung Sesak Nafas.
07-10-2026
Isu Sewa Motosikal Warga Asing: JPJ Ambil Tindakan Tegas
Rakyat Kelantan, Terengganu Sewakan Motosikal Kepada Warga Asing.
06-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge